Berita Am

BIPK: CUEPACS tidak setuju

Presiden CUEPACS, Adnan Mat


Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan untuk memansuhkan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) seperti menerusi perkeliling perkhidmatan yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) baru-baru ini. 

Presiden CUEPACS, Adnan Mat berkata, pihaknya kesal kerana keputusan pemansuhan tersebut diambil tanpa ada rundingan secara terus bersama CUEPACS. 


Sehubungan itu, CUEPACS berharap kerajaan dapat mempertimbangkan semula keputusan berkenaan kerana ia dikhuatiri boleh menjejaskan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat. 


Berikut merupakan kenyataan penuh Adnan;


CUEPACS tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan memansuhkan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal.

Langkah ini dilihat sebagai langkah terbelakang yang dibuat oleh kerajaan sedangkan negara dilandasan yg betul untuk Malaysia Maju 2025.

Kumpulan ini telah menerima BIPK sejak sekian lama dan kenapa perlu dimansuhkan.

Walaupun ia melibatkan pengambilan baharu, CUEPACS tetap tidak bersetuju kerana ia akan wujud dua kumpulan yang berbeza sedangkan jawatannya adalah sama.

Mereka ini perlu dikekalkan BIPK selagi jawatan tersebut wujud, kecuali bagi jawatan yang telah dimansuhkan.Perkhidmatan mereka rata-rata sangat mencabar malah semakin menjadi kritikal.

CUEPACS juga kesal kerana pemansuhan ini tiada rundingan secara terus dengan CUEPACS.

Pihak kami sedar akan kesusahan kerajaan memenuhi semua kehendak berdasarkan keutuhan kewangan negara pada masa kini tapi pihak CUEPACS berharap ia tidaklah sehingga memansuhkan BIPK.

Kami harap pihak kerajaan pertimbangkan semula apa yang telah diputuskan ini. 

Jangan jadikan pemberian ini sebagai satu beban kerana inilah pemberian sebagai penghargaan kepada mereka yang telah menjalankan amanah kerajaan kepada rakyat kerana pemberian BIPK ini sebagai galakan kepasa mereka dalam meningkatkan kebolehpercayaan rakyat terhadap perkhidmatan kerajaan yang memberi sokongan rakyat terhadap kerajaan.

Justeru, kami mohon dipertimbangkan semula. Hanya mansuhkan kepada jawatan yabg tak relevan sahaja. 

Pada ketika perkhidmatan awam kearah reformasi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, berita pemansuhan BIPK ini amat mengejutkan CUEPACS dan sangat menyedihkan.

Rata-rata skim yang terlibat ini kebanyakkannya telah meninggalkan perkhidmatan kerajaan kerana tawaran diluar yang lebih menarik.

Jika BIPK ini dimansuhkan CUEPACS kuatir makin ramai pakar-pakar kerajaan terus keluar dari perkhidmatan yg boleh menjejaskan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat,

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this: