Kerajaan Negeri Sembilan akan menaik taraf Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di Seremban.
Ketika membentangkan Belanjawan 2023 Negeri Sembilan baru-baru ini, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kerja menaik taraf itu akan dilaksanakan dengan peruntukan sebanyak RM1.2 juta.
Ia menerusi kerjasama antara Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dan Menteri Besar Negeri Sembilan (Pemerbadanan) MBI.
“Saya ingin merakamkan ucapan setinggi tahniah kepada pasukan bola sepak Negeri Sembilan yang telah berjaya menduduki tangga ke-empat dalam carta Bola Sepak Liga Super tahun 2022.
“Kejayaan cemerlang yang dipamerkan oleh anak-anak muda ini, membuktikan bahawa tidak ada yang mustahil dan sukar untuk dicapai sekiranya diusahakan dengan bersungguh-sungguh.
“Sehubungan itu, sukacita saya mengumumkan inisiatif baharu iaitu menaik taraf Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi yang akan dilaksanakan secara kerjasama antara MBS dan MBI.
“Sebanyak 1.2 juta ringgit akan diperuntukkan bagi kerja-kerja menaiktaraf tersebut,” kata beliau.
Aminuddin dalam pada itu turut, mengumumkan peruntukan sebanyak RM500,000 sebagai sokongan terhadap pembangunan sukan paralimpik di peringkat Negeri Sembilan.
Sukacita saya mengumumkan inisiatif baharu iaitu menaik taraf Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi yang akan dilaksanakan secara kerjasama antara MBS dan MBI.
AMINUDDIN HARUN