Salah satu parti yang membentuk gabungan parti Pakatan Harapan (PH) iaitu PKR, semalam telah mengumumkan senarai 72 calonnya bagi kerusi Parlimen untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Kesemua calon di Semenanjung itu diumumkan pada majlis yang diadakan di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Ampang di ibu negara, semalam.
Pada majlis tersebut juga, calon yang terpilih turut diminta menandatangani borang Aku Janji yang difahamkan melibatkan persetujuan pemulangan wang deposit pencalonan, pemotongan elaun Ahli Dewan Rakyat dan persetujuan pengisytiharan harta.
Ia turut disaksikan oleh Presiden dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli
Difahamkan, baki tiga lagi calon PKR untuk mewakili PH dijangka dimuktamadkan hari ini.
Anwar sah akan bertanding di kerusi Tambun di Perak manakala Rafizi di Parlimen Pandan.
Bekas Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pula akan menandingi kerusi Bandar Tun Razak manakala Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, kekal untuk mempertahankan kerusi Kulim Bandar Baru
Senarai calon bagi 72 kerusi yang sudah diumumkan boleh dirujuk di lamanĀ https://calonkeadilan.org/