Berita Am

Rayhan Kabir diburu

Jabatan Imigresen Malaysia memohon orang ramai membantu memberikan maklumat mengenai seorang lelaki warganegara Bangladesh bernama Md Rayhan Kabir

Jabatan tersebut menerusi kenyataan media memaklumkan, Md Rayhan dikehendaki bagi tujuan membantu siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155)

Md Rayhan dengan nombor pasport BW0974403 berumur 25 tahun dengan alamat terakhirnya adalah Sirhan Legacy Sdn. Bh, B-7-9 Menara Uncang Emas, No. 85 Jalan Loke Yew, 55200, Kuala Lumpur.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dipohon supaya dapat menghubungi terus Penolong Pengarah Imigresen (PPI) Nurulmasha Nazlinan Bin Hussin, Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya di talian 03-88801298 / 1294 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat.

Md Rayhan ketika ini menimbulkan kemarahan dan mendapat kecaman rakyat Malaysia apabila muncul dalam video kontroversi terbitan Al-Jazeera.

Warga Bangladesh berkenaan yang ditemubual dalam dokumentari 101 East terbitan Al-Jazeera yang bertajuk “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” telah mendakwa pihak berkuasa membuat perangkap terhadap pendatang tanpa izin (PATI) ketika operasi COVID-19 di ibu negara baru-baru ini. -KLIQ NEWS.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button
%d bloggers like this: