Hama habuk atau dust mite yang ada di tilam menjadi punca kepada masalah gatal di badan. |
Jika dahulu, aktiviti menjemur tilam di luar ketika panas matahari biasa dapat dilihat terutama di kampung-kampung.
Menjemur tilam antara kaedah menghapuskan hama dan habuk di tilam |
Selepas dijemur, tilam itu diketuk-ketuk, apa tujuannya? Tidak lain dan tidak bukan adalah untuk membuang habuk dan juga hama yang ada di tilam tersebut.
Sekarang bagaimana? Berapa kali anda lihat orang menjemur tilam? Sangat-sangat jarang, tapi kita fahamlah, faktor kesibukan kerja seharian, keadaan persekitaran rumah yang tidak membolehkan seperti kediaman rumah flat dan pangsapuri, sukar untuk aktiviti tersebut dilakukan.
Faktor yang menggalakkan pembiakan hama di atas tilam |
Apa pentingnya, untuk tilam dirumah kita dibersihkan? Dan hama-hama itu dihapuskan? Sebelum itu, perlu kita tahu bahawa hama adalah sejenis makhluk kecil yang hanya boleh dilihat menggunakan mikroskop dan saiznya sekitar 0.2 sehingga 0.3 milimeter sahaja.
Walaupun ia sangat kecil, tapi tahukah anda, hama ini cukup bahaya terutama buat mereka yang mempunyai masalah alergi, penyebab kepada asma, najisnya pula boleh menyebabkan gatal-gatal selain mampu menyebabkan ekzema terhadap tubuh badan.
Hama ini cepat membiak dan ia hidup dengan memakan sel-sel kulit mati, kelumumur, peluh, oleh itu tidak hairanlah ia banyak dan berkumpul di tilam, dan sofa di rumah kita.
Purata hama yang mendiami sesebuah tilam adalah sekitar 100,000 hingga sejuta ekor dan ia bergantung kepada berapa lama tilam itu telah digunakan.
Hama atau hama habuk (dust mite) bukan hanya menjadi punca kepada masalah-masalah di atas, malah sekiranya anda mempunyai simptom seperti masalah pernafasan, gatal hidung dan mata, kerap bersih dan mata merah, kemungkinan besar ia berpunca daripada hama tersebut.
Jadi bagaimana untuk mengatasi masalah ini? Untuk itu anda disarankan supaya mengurangkan hama di rumah, cuci dan bersihkan tilam, sofa dan barangan di rumah secara berkala seperti vakum dan membasuhnya.
Coway ada jalan penyelesai!
Menyedari kepentingan perkhidmatan penjagaan rumah, Coway tampil dengan servis baharu mereka iaitu penjagaan tilam dengan tujuh langkah pembersihan bagi memastikan tilam anda bebas hama dan bersih.
7 langkah pembersihan yang dilakuan oleh juruteknik daripada Coway |
Hanya dengan harga serendah RM175, tilam anda akan mendapat servis pembersihan dan penjagaan daripada Homecare Technician Coway yang terlatih dan menggunakan peralatan lengkap dan berteknologi terkini.
Sebahagian Homecare Technician yang bertugas di Negeri Sembilan |
Untuk sebarang pertanyaan ataupun mahu mencuba servis pembersihan tilam ini boleh menghubungi Homecare Technician, Badrul di talian 012-6470925 |
Untuk keterangan lanjut mengenai servis penjagaan tilam ini, anda boleh melayari laman web, www.coway.com.myataupun bagi anda yang berada di sekitar Negeri Sembilan boleh menghubungi ataupun WhatsApp Azrul di talian 019-6063395, Badrul: 012-6470925, Azley: 017-651 8318, Hafiz: 010-222 9472 ataupun Zakki: 011-1124 1431.