SukanAntarabangsa

Cristiano Ronaldo sertai Al Nassr

Bintang pasukan bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo, 37, sah menyertai kelab Arab Saudi, Al Nassr selepas menandatangani kontrak dua tahun setengah untuk bersama kelab itu.

Selepas kontraknya ditamatkan kelab gergasi England, Manchester United bulan lalu, Ronaldo dijangka menerima 173 juta pound (RM761.3 juta) setahun bersama Al Nassr sekali gus menjadi atlet termahal dunia setakat ini.

Perjanjian di antara kedua belah pihak juga dipercayai berlanjutan sehingga tujuh tahun, di mana Ronaldo turut akan memainkan peranan sebagai duta sebaik dia bersara.

“Saya teruja untuk pengalaman baharu di liga berbeza dan negara lain. Visi Al Nassr amat memberangsangkan. Saya tidak sabar untuk menyertai rakan sepasukan, membantu pasukan mencapai lebih banyak kejayaan,” jelas Ronaldo.

Al Nassr yang kini di tangga kedua Liga Pro Saudi dalam kenyataan berkata, kehadiran Ronaldo itu bakal mencipta sejarah buat kelab itu.

“Sejarah dalam pembikinan. Perjanjian ini bukan sahaja memberi inspirasi kepada kelab untuk mencapai kejayaan lebih besar, tetapi turut mencetus inspirasi kepada liga dan generasi akan datang. Selamat datang @Cristiano ke rumah baharu anda.” kata kenyataan itu.

Al Nassr merupakan kelab bola sepak paling berjaya di Arab Saudi apabila telah meraih sebanyak 27 kejuaraan dalam semua pertandingan termasuk sembilan kejuaraan Premier League.

Ronaldo memulakan karier seniornya bersama pasukan Sporting Clube de Portugal (CP) sebelum dia dilamar dan menyertai Manchester United pada tahun 2003 sehingga 2009.

Dia kemudian berhijrah ke La Liga dengan menyertai gergasi Sepanyol, Real Madrid. Bersama pasukan itu, Ronaldo tampil sebanyak 292 perlawanan dan menjaringkan 84 gol.

Seterusnya, Ronaldo beraksi bersama kelab Juventus dalam liga Serie A di Itali sebelum dia kembali bersama Manchester United pada 2021.

Sementara itu, ditubuhkan pada tahun 1955, Al Nassr merupakan kelab bola sepak paling berjaya di Arab Saudi apabila telah meraih sebanyak 27 kejuaraan dalam semua pertandingan termasuk sembilan kejuaraan Premier League.

Selain Ronaldo, kelab tersebut juga memiliki beberapa pemain import lain termasuk penjaga gol Colombia, David Ospina serta penyerang Cameroon, Vincent Aboubakar.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this: