Sebagai seorang lelaki anda sudah tentu mempunyai beberapa helai t-shirt polo atau polo shirt. Ia mudah digayakan dalam banyak aktiviti harian dan selesa.
Bagi sesetengah syarikat tempat kerja dan syarikat, t-shirt polo ini menjadi uniform rasmi pekerja mereka.
Namun, tahukah anda bilakah bermulanya pemakaian t-shirt polo ini dan bagaimanakah perkembangannya sehingga ke hari ini?
Seperti namanya, t-shirt polo ini berasal dari pakaian yang digunakan oleh pemain polo pada abad ke-19 di England. Ia direka untuk memberikan keselesaan dan mudah bergerak semasa bermain.
Bagaimanapun, pada tahun 1920-an, pakaian ini mula dimodenkan oleh pereka Perancis René Lacoste, yang juga merupakan seorang pemain tenis terkenal.
Dia telah menggunakan kain katun piqué yang lebih ringan dan struktur kainnya mempunyai pengudaraan yang baik sekali gus memberikan aliran udara diperlukan untuk keselesaan pemakai terutama dalam cuaca panas.
Lacoste juga memperkenalkan reka bentuk dengan kerah dan kancing, menjadikannya lebih bergaya.
René Lacoste kemudian mencipta jenama Lacoste, yang terkenal dengan logo buaya di dada pakaian. Selepas itu, t-shirt berjenama Lacoste menjadi simbol status dan gaya.
Pada tahun 1970-an dan 1980-an, t-shirt polo mula mendapat populariti di Amerika Syarikat. Banyak jenama, seperti Ralph Lauren telah mengambil inspirasi daripada reka bentuk Lacoste dan memperkenalkan versi mereka sendiri.
T-shirt polo menjadi simbol gaya preppy iaitu gaya fesyen yang berasal dari budaya pelajar di sekolah persendirian elit di Amerika Syarikat.
Kemudian, banyak variasi t-shirt polo muncul dengan pelbagai pola, warna, dan reka bentuk, menjadikannya pakaian yang serbaguna untuk acara kasual mahupun semi-formal.
Kini ia sering digunakan dalam pelbagai acara, dari sukan hinggalah aktiviti harian, ia popular dan mudah diperoleh malah dengan harga yang rendah anda boleh memperoleh t-shirt polo yang berkualiti.
Antara jenama kegemaran ketika ini adalah Elgini, produk t-shirt polonya selesa dipakai, dibuat menggunakan fabrik yang berkualiti serta mempunyai pelbagai warna yang boleh digayakan.
Anda boleh mendapatkannya dengan harga yang berbaloi di Elgini Malaysia menerusi platform pembelian dalam talian Shopee di pautan ini https://s.shopee.com.my/AKIfQVHFpC?share_channel_code=1