AntarabangsaBerita Am

Flossie kucing paling tua di dunia

Seekor kucing betina dari Orpington, yang terletak di tenggara London, United Kingdom diiktiraf sebagai kucing tertua di dunia baru-baru ini, beberapa minggu sebelum usianya mencecah 27 tahun.

Kucing bernama Flossie itu merangkul gelaran tersebut apabila pakar menemui rekod doktor haiwan yang menunjukkan ia dilahirkan pada tahun 1995.

Ketua Editor di Guinness World Records, Craig Glenday berkata, pihaknya teruja apabila mengetahui mengenai Flossie yang hidup sejak pertengahan era 90-an.

“Ia sama dengan manusia yang berusia lebih 120 tahun. Kami gembira melihat Flossie dapat tinggal di rumah yang selesa,” katanya.

Flossie diiktiraf sebagai kucing paling tua didunia oleh Guinness World Records.

Kisah Flossie bermula pada Disember 1995, apabila dia dijaga oleh seorang pekerja di Hospital Merseyside.

Flossie tinggal dan dijaga oleh keluarga tersebut sehingga berusia 24 tahun. Selepas itu ia diserahkan kepada pertubuhan amal perlindungan kucing selepas pemiliknya tidak mampu untuk menjaga kucing tua itu lagi.

Naomi Rosling dari Cats Protection berkata, Flossie yang pekak dan mempunyai penglihatan kabur itu kemudian dijaga oleh seorang pembantu eksekutif, Vicki Green yang berpengalaman menjaga kucing tua.

Flossie kini pekak dan menghadapi penglihatan yang kabur.-Guinness World Records/CatsProtection

“Flossie kuat untuk beberapa malam pertama kerana dia tidak dapat melihat dalam gelap dan agak keliru dalam persekitaran baharunya, tetapi dia tidur sepanjang malam sekarang, di atas katil bersama saya.

“Saya tahu daripada awal bahawa Flossie adalah kucing istimewa, tetapi saya tidak membayangkan saya akan berkongsi rumah dengan pemegang rekod dunia, ” kata Vicki lagi.

Vicki dalam pada itu berharap kisah Flossie akan menggalakkan pemilik kucing untuk mempertimbang bagi memberi perlindungan kepada kucing yang lebih tua.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button
%d bloggers like this: