Ramai puji ucapan PM

Ucapan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas COVID-19 yang telah disiarkan tadi mendapat pujian warganet.

Ramai berasakan, penggunaan ayat dan intonasi yang digunakan beliau sangat berkesan dalam memberi pemahaman kepada rakyat berkenaan langkah kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula hari ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas COVID-19 yang telah disiarkan malam tadi.

Seorang pengguna Facebook, Fazrina Ayu Raduian menyifatkan ucapan Perdana Menteri tadi paling memberi kesan.

“Speech paling terkesan, PM ckp bahasa melayu mudah. Emphasis just stay home in English. Tolong la faham tolonglah. Melayu, Cina, India tolong lahhh faham eh,” tulisnya.

Bagi Borhan Abu Samah pula, ucapan Ahli Parlimen Pagoh itu tidak ubah seperti seorang bapa berleter kepada anak-anak

“DUDUK RUMAH…Kann PM dah terpaksa berleter…steady tan sri, kalau korang tak faham lagi tak tau la..macam bapak berleter kat anak-anak.

“Tiada ugutan atau kecaman atau marah-marah. Biar ada yg kata slow macam siput babi, yang penting tidak membabi buta.

Pengacara program bual bicara, Finaz Yunus turut memuji ucapan Perdana Menteri kali ini.

“TAHNIAH PM!

“Perutusan bernada, intonasi & penggunaan ayat rakyat.

‘Saya minta tolong 2 minggu ini sahaja…Kenapa?’, Sampai begini sekali PM kita merayu., Nak apa lagi rakyat Malaysia? DUDUK RUMAH!,” menurutnya.

Pandangan Finaz Yunus berkenaan ucapan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Seorang lagi pengguna Facebook, Fairus Kassim pula memuji penulis bagi ucapan Muhyiddin berkenaan.

“Bagus penulis ucapan PM malam ni. Bahasa mudah difahami. Sampai mesej. Duduk di rumah diam-diam”, katanya.

Sementara itu, dalam ucapan perutusannya, Perdana Menteri
berulang kali meminta rakyat di negara ini supaya tinggal di rumah sahaja dan tidak melakukan perjalanan rentas negeri bagi menjayakan Perintah Kawalan Pergerakan.

Tegasnya, pematuhan arahan itu dapat menghindarkan rakyat daripada jangkitan COVID-19 sekali gus dapat membendung penularan wabak itu dan putuskan rantaian jangkitan.

“Saya ingin merayu kepada saudara-saudari. Tolonglah. Stay put where. Yang ada di Kuala Lumpur, duduklah di Kuala Lumpur. Yang ada di Johor Bahru duduklah di Johor Bahru. Yang ada di Pulau Pinang, duduklah di Pulau Pinang.

“Kalau anda merancang untuk pulang ke kampung, batalkanlah dahulu niat itu. Saya minta tolong untuk tempoh dua minggu ini sahaja,” katanya.

Editor

Related Posts

Sejarah t-shirt polo

Sebagai seorang lelaki anda

Read more

Thailand lebur impian Malaysia ke final Piala AFF

Skuad bola sepak kebangsaan,

Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: