Agama IslamAntarabangsa

Bahrain, Malaysia johan Tilawah Al-Quran Antarabangsa

Qari dari Bahrain Mohamed Sameer Mohamed Magahed dan qariah Malaysia, Sofizah Mousin muncul pemenang pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-62 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, malam semalam.

Menurut laporan Bernama, Mohamed Sameer memperoleh 93.33 peratus manakala Sofizah meraih 89.66 peratus, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai dan piala.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan hadiah kategori qari manakala kategori qariah dikurniakan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengurniakah hadiah kepada qariah Malaysia, , Sofizah Mousin (tiga dari kiri) yang muncul pemenang kategori Qariah.- Gambar/Jakim

Naib Johan qari pula dimenangi wakil Malaysia, Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan manakala tempat ketiga dimenangi qari Indonesia, Muhammad Rizqon.

Qariah dari Singapura, Widadul Wahidah Mahamod pula muncul naib johan qariah dan tempat ketiga dimenangi qariah Indonesia, Yuni Wulandari Hasim.

Turut hadir pada majlis semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.

Majlis berlangsung selama enam hari bermula hari Rabu lalu, membabitkan 36 orang peserta dari 28 buah negara.

MTHQA62 adalah yang pertama kali diadakan selepas dua tahun ditangguhkan akibat pandemik Covid-19.

Hanya kategori tilawah yang dipertandingkan kali ini, manakala kategori hafazan akan kembali pada tahun hadapan.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this: