SukanFesyen

KELME taja Negeri Sembilan dua tahun

Melibatkan penajaan kit rasmi pasukan bernilai RM1.7 juta.

Negeri Sembilan Football Club (NSFC) dan pengeluar pakaian sukan antarabangsa, KELME hari ini mengumumkan kerjasama rasmi bagi tempoh dua tahun yang melibatkan penajaan kit rasmi pasukan bernilai RM1.7 juta.

KELME yang berpangkalan di Sepanyol akan muncul sebagai Rakan Teknikal Rasmi NSFC bagi skuad Liga Super Malaysia, Liga Bawah-23, Piala Presiden dan Piala Belia bermula tahun ini.

Ketua Pegawai EksekuJf NSFC, Satwant Singh berkata, pemilihan KELME itu merupakan manifestasi hasrat NSFC yang ingin berkembang sebagai sebuah kelab bola sepak yang berdaya saing.

“Usahasama dengan KELME selama dua tahun ini bukan sahaja melibatkan penajaan kit pasukan malah akan turut memberikan manfaat pemasaran dan komersil yang sangat diperlukan ketika kami sedang bersaing di dalam era penswastaan pasukan.”

“Daripada segi rekaan kit pasukan menjelang musim baharu, skuad Hobin Jang Hobin akan mengekalkan elemen warna-warna kebanggaan Negeri Sembilan iaitu kuning, merah dan hitam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengarah KELME Malaysia, Louis Fun Chen Wai menyifatkan kerjasama yang termeterai ini akan membawa manfaat kepada kedua-dua pihak.

“NSFC akan menjadi satu-satunya pasukan di Liga Super Malaysia yang akan ditaja KELME bermula musim akan datang. Lebih manis, NSFC akan menyambut ulang tahun bola sepak Negeri Sembilan yang ke-100 pada tahun ini.

“Kami berbesar hati untuk bersama-sama meraikannya melalui rekaan dan inovasi yang lebih dekat dengan peminat,” kata beliau.

Selain Negeri Sembilan KELME juga merupakan penaja rasmi bagi pasukan-pasukan antarabangsa seperti pasukan bola sepak kebangsaan Filipina, pasukan La Liga, RCD Espanyol dan pasukan Liga Bola Sepak Inggeris, Watford FC.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this: