Kehilangan besar dalam dunia dakwah-PM

Pemergian pendakwah, Allahyarham Ustaz Dato’ Ismail Kamus disifatkan oleh Perdana Menteri sebagai kehilangan besar dalam dunia dakwah di negara ini.

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, Allahyarham merupakan seorang pemimpin dan tokoh agama yang telah banyak memberikan sumbangan kepada negara

“Innalillahiwainnailahirojiun. Saya berasa amat sedih mendapat berita Tuan Guru Ustaz Dato’ Haji Ismail Bin Haji Kamus telah kembali ke rahmatullah awal tadi.

“Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada dunia dakwah di negara ini.

“Allahyarham Tuan Guru Ustaz Dato’ Ismail Kamus merupakan seorang pemimpin dan tokoh agama yang banyak menyumbang kepada negara melalui kerja-kerja dakwah yang dilakukan sepanjang hayatnya,” kata Perdana Menteri menerusi akaun Facebook miliknya hari ini.

Allahyarham Ismail, 71, yang juga Pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, telah meninggal dunia di kediamannya di Ampang, kira-kira pukul 12.30 pagi tadi.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham.

“Saya mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang yang soleh,” katanya. – KLIQ NEWS

Editor

Related Posts

Sejarah t-shirt polo

Sebagai seorang lelaki anda

Read more

Thailand lebur impian Malaysia ke final Piala AFF

Skuad bola sepak kebangsaan,

Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: