EkonomiFesyenSukan

Jersi NSFC 2022 nampak lebih kemas, seimbang

Pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) telah melancarkan jersi home mereka bagi mengharungi saingan Liga Super 2022, semalam.

Musim ini, kit NSFC sekali lagi ditaja oleh jenama tempatan iaitu KakiJersi.

Memasuki tahun kedua penajaan, jersi edisi khas sempena 99 tahun penubuhan Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (NSFC) itu masih mengekalkan warna merah sebagai warna utama.

Secara peribadi, jika dibandingkan dengan jersi musim lalu, jersi home kali ini nampak lebih kemas dan teratur. Mungkin ada yang kata ia simple tetapi bagi penulis, ia kemas.

Paparan hadapan yang nampak lebih kemas dan seimbang- KakiJersi

Jika dilihat, jersi home tahun lalu, paparan hadapan jersi agak ‘serabut’ terutama sekali apabila ada logo penaja di atas logo NSFC dan logo KJ (KakiJersi).

Ia ditambah pula dengan garisan di bahagian lengan yang memaparkan nama-nama daerah dan dewan undangan negeri yang ada dalam Negeri Sembilan.

Di lengan kiri ia berwarna kuning manakala di lengan kanan ia berwarna hitam, dilihat seperti tidak seimbang.

Penggunaan butang jarang sekali ditampilkan dalam mana-mana jersi Negeri Sembilan sebelum ini.- KakiJersi

Mungkin menyedari perkara itu, KakiJersi membuat perubahan kali ini, paling menarik bagi penulis adalah di bahagian sleeve cuff.

KakiJersi membawa elemen tricolor, merah, kuning dan hitam. Ia genius, dan sesuai dengan tiga warna yang ada dalam bendera Negeri Sembilan.

Jelas penumpuan di bahagian cuff (manset) menampakan jersi kali ini lebih seimbang dan eksklusif. tricolor pada side vent hem menjadi pelengkap kepada elemen ini.

Bahagian manset yang tampil dengan tricolor begitu menarik bagi pandangan penulis.-KakiJersi

KakiJersi juga kali ini meletakkan dua logo penaja tersebut di bahagian lengan jersi.

Penulis tidak pasti sama ada, ia merupakan syarat yang ditetapkan oleh penganjur liga ataupun tidak, tetapi ia lebih baik berbanding musim lalu.

Corak ketara pada jersi home kali ini tentunya gambaran bumbung Minangkabau yang dipaparkan.

Sekali lagi KakiJersi bijak dengan menggunakan elemen grid dan sentuhan cetakan warna yang lebih tebal dengan corak bumbung Minangkabau itu dapat diserlahkan tanpa menganggu logo Visit Negeri Sembilan dan Matrix Concept.

Di bahagian belakang jersi iaitu dibahagian atas, dipaparkan pula lambang 99 yang menjadikan ia lebih eksklusif. Tentunya tiada lagi jersi 99 selepas ini. (100 tahun nanti, harap lebih gempak)

Dengan harga bermula RM99 anda boleh memiliki Jersi Negeri Sembilan FC 2022 Home (Players Edition) dan bagi penulis, ia sangat berbaloi. Apa lagi, tempah sekarang di laman web KakiJersi.

Tidak sabar rasa hati untuk menantikan jersi away dan third kit untuk NSFC. Terbaik dan tahniah KakiJersi. #SupportLokal.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this: