Ekonomi

Pengusaha sayur sumbang hasil tanaman

Sumber gambar: Akaun Twitter Ramli Mohd Noor

Seorang pengusaha kebun sayur di Cameron Highlands telah menyumbang hasil kebunnya untuk membantu penduduk yang kini melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran penularan wabak COVID-19.

Sumber gambar: Akaun Twitter Ramli Mohd Noor

Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Noor menerusi perkongsian di akaun Twitter miliknya hari ini, memberitahu, pengusaha tersebut iaitu Wong Seng Yee dari Ringlet telah menyumbang sejumlah besar hasil tanaman kebunnya kepada masyarakat di Sungai Koyan.

Tangkap layar ciapan Ramli Mohd Noor.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan ikhlas tersebut.

“Semoga kita bersama bantu membantu sesama kita ketika kemelut wabak penyakit ini menyerang negara kita tanpa mengira fahaman politik, bangsa atau agama,” kata Ramli.

Sumber gambar: Akaun Twitter Ramli Mohd Noor

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this: