Legenda bola sepak, Syed Ahmad meninggal dunia

Legenda bola sepak negara, Syed Ahmad Abu Bakar, 76, meninggal dunia di Hospital Kangar, Perlis tengah hari tadi selepas lebih dua tahun bertarung dengan penyakit barag prostat yang dihidapinya.

Allahyarham Syed Ahmad dilahirkan di Pontian, Johor pada 20 April 1946 dikenang sebagai wira yang membawa pasukan negara ke Sukan Olimpik Munich 1972 tetapi tidak tersenarai ke temasya berkenaan.

Menjaringkan lima gol ketika membantu anak buah Dave McLaren dan Jalil Che Din menewaskan Korea Selatan, Jepun, Filipina dan Taiwan pada kelayakan di Seoul pada 1971, Syed Ahmad malangnya digugurkan daripada skuad ke Munich.

Kali pertama mewakili Johor dalam pertandingan Combined School di peringkat sekolah rendah dan seterusnya ke peringkat Piala Burnley pada 1961, Syed Ahmad menyarung jersi negara dari tahun 1966 hingga 1974 dan membantu skuad kebangsaan meraih gelaran Pestabola Merdeka pada tahun 1966, 1968 dan 1974.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menyantuni Syed Ahmad di kediamannya di Perlis pada bulan Februari lalu.- Gambar/Bernama

Memulakan kerjayanya bersama pasukan Johor, Allahyarham lebih mencipta nama dan meninggalkan legasi bersama tiga pasukan Utara iaitu Pulau Pinang (1965-1972), Perak (1972-1980) dan Kedah (1980-1981).

Disebabkan bakatnya yang dikenal pasti dari kampungnya Nyior Gading, Syed Ahmad ditawarkan bekerja di Jabatan Penjara pada usia remaja.

Kejayaan pra-kelayakan Olimpik 1971 membawa seribu kenangan buat Syed Ahmad. Tandukan Syed Ahmad pada minit ke-54 hasil hantaran tepat Looi Loon Teik mengaibkan Korea Selatan, dua hari selepas meledak hatrik membenam pemenang pingat gangsa Olimpik 1968, Jepun 3-0.

SYED AHMAD (duduk, kanan) ketika bersama skuad negara.-Gambar/HarimauMyStats

Di Sukan Asia Tehran 1974, gabungan Syed Ahmad, Mokhtar Dahari dan Isa Bakar membentuk jentera penggempur Malaysia berbisa dengan mengumpul 20 gol sehingga mengutip gangsa menewaskan Korea Utara 2-1.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Samihah Razali dan lima orang anak, Syed Ahmad Shahazuddin, Syed Zaimuddin, Wan Noor Atikah, Syed Abu Bakar dan Syed Zamilluddin.

*Sumber: Persatuan Bolasepak Malaysia

Editor

Related Posts

“Seorang pergi, empat yang datang tau”

Selepas kehilangan penjaga gol

Read more

Perak FC kembali bersama Hadi Fayyadh dan jersi pink

Pink atau merah jambu

Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: