PertahananSains, Teknologi & Alam SekitarTerkini

Pesawat MD530G kukuhkan ketumbukan Tentera Darat

Ketumbukan tempur Tentera Darat Malaysia (TDM) diperkukuhkan lagi dengan ketibaan sebanyak enam unit Helikopter MD530G.

Pesawat buatan Amerika Syarikat dan dibina oleh MD Helicopter Inc (MDHI) itu selamat tiba di Pelabuhan Klang pada 21 Februari 2022 lalu setelah melalui pelayaran panjang selama 31 hari dari Pelabuhan Oakland, Amerika Syarikat pada 20 Januari 2022.

Dibekalkan oleh Syarikat Halaman Optima Sdn. Bhd. melalui Syarikat Destini Prima Sdn. Bhd., pesawat tempur berkenaan telah dipertotonkan pada satu majlis di Hangar 2 Invation Aero, Subang, Selangor hari ini.

Ketangkasan yang dimiliki oleh helikopter ini juga membolehkan ia melaksanakan tugas tinjauan udara- Facebook/Tentera Darat Malaysia

Selain membekal enam buah helikopter, kontrak perolehan itu juga merangkumi program latihan untuk juruterbang dan juruteknik Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD).

TDM menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan, seramai lapan juruterbang dan sembilan juruteknik telah menghadiri program latihan tersebut di Mesa, Arizona, Amerika Syarikat selama 43 hari bermula pada 26 April hingga 11 Jun 2021.

“Pesawat ini juga telah melalui pemeriksaan kefungsian dan keupayaan pesawat. Ia dilakukan demi menentukan kualiti pesawat ini menepati spesifikasi TDM.

“Pemeriksaan ini merangkumi pemeriksaan fizikal pesawat, pemeriksaan kefungsian/keupayaan pesawat, pemeriksaan fizikal alat ganti, pemeriksaan Flight Training Device (FTD) (simulator) dan pemeriksaan fizikal persenjataan pesawat.

Peranan utama helikopter ini adalah sebagai pesawat tempur ringan dan keupayaan kuasa tembakan (firepower) yang dimiliki oleh pesawat ini mampu menggempur kenderaan perisai ringan dan trup infantri pada jarak 500 meter ke tujuh kilometer.

“Bukan itu sahaja, ketangkasan (agility) yang dimiliki oleh helikopter ini juga membolehkan ia melaksanakan tugas tinjauan udara,” kata kenyataan itu lagi.

Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain (tengah) turut hadir menyaksikan pesawat MD530G di Hangar 2 Invation Aero, Subang, Selangor.

Dalam pada itu, TDM memaklumkan, perolehan aset sebegini juga sejajar dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28, iaitu Kelangsungan Misi dan Kesiagaan dengan memberi penumpuan kepada peningkatan tahap kesiagaan, kompentensi dan aset TDM.

Peranan utama helikopter ini adalah sebagai pesawat tempur ringan dan keupayaan kuasa tembakan (firepower) yang dimiliki oleh pesawat ini mampu menggempur kenderaan perisai ringan dan trup infantri pada jarak 500 meter ke tujuh kilometer.

Tentera Darat Malaysia

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this: