Lee Kwang Soo tinggalkan Running Man

Selepas 11 tahun bersama Running Man, salah seorang bintangnya, Lee Kwang Soo sah meninggalkan rancangan aneka ragam popular dari Korea Selatan itu.

Agensi pengurusannya, King Kong by Starship dalam kenyataan media mengesahkan ‘Putera Asia’ itu akan meninggalkan Running Man dengan rakaman terakhirnya pada 24 Mei depan.

Menurut kenyatan itu lagi, keputusan diambil olek Kwang Soo itu susulan aktor berusia 36 tahun itu terlibat dalam kemalangan kereta tahun lalu.

“Lee Kwang Soo telah menerima terapi fizikal secara berkala; walaupun masih menjalani rawatan, ada kalanya dia merasa sukar untuk menjaga keadaan fizikal yang terbaik semasa penggambaran ‘Running Man’.

Iklan

“Kwang Soo mengadakan perbincangan panjang lebar dengan staf produksi, kru, rakan-rakannya dan akhirnya menyimpulkan bahawa dia memerlukan masa untuk pulih, baik secara fizikal dan mental,” kata kenyataan tersebut.

Jelas kenyataan itu lagi, selepas 11 tahun menyertai rancangan tersebut, Kwang Soo menganggap Running Man merupakan rumahnya dan tentu sukar buatnya untuk membuat keputusan berkenaan.

Iklan

Leave a Reply

%d bloggers like this: