Khairy, Hishammuddin, Syed Hamid diterima kembali sertai UMNO

Bekas menteri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Syed Hamid Albar telah diterima kembali untuk menyertai UMNO menerusi gagasan Rumah Bangsa.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, turut diterima kembali oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu adalah seramai 6,252 bekas pimpinan dan ahli pelbagai peringkat.

Kata beliau, keputusan dibuat menerusi Mesyuarat MKT UMNO yang berlangsung di Melaka, malam ini.

“Menyokong dan mendukung penuh gagasan Rumah Bangsa yang dicetuskan oleh YAB Presiden UMNO untuk menerima kembali tanpa syarat mana-mana ahli yang digantung, dipecat atau keluar parti atas apa jua faktor.

” Antara nama-nama pemohon yang telah diputuskan oleh MKT termasuk Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar dan 6,252 bekas pimpinan serta ahli di peringkat UMNO bahagian dan cawangan seluruh Malaysia.

” Selaras dengan Fasal 5.2 Perlembagaan UMNO, Majlis Kerja Tertinggi juga telah membuat pindaan terhadap Peraturan Keahlian UMNO dengan membolehkan pendaftaran secara atas talian bagi mempermudahkan kemasukan ahli baharu terutamanya di kalangan anak-anak muda,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *