Bekerja sambil belajar di Universiti Limkokwing

Satu program diperkenalkan iaitu bekerja sambil belajar yang membolehkan mereka yang belajar di  Universiti Limkokwing dapat menggenggam diploma dan ijazah dalam tempoh lebih pendek.

Program bekerja sambil belajar itu antara inisiatif baharu yang diumumkan oleh Presiden dan Pengasas Universiti Limkokwing, Prof. Emeritus, Tan Sri Lim Kok Wing.

Ia bagi memberi orang ramai untuk melanjutkan pelajaran dan memberi lebih banyak peluang untuk bekerja sambil belajar selain memberi pengalaman kerja  dalam sektor industri kreatif negara. 

Sebagai permulaan, Universiti Limkokwing akan bekerjasama dengan beberapa syarikat Industri kreatif tempatan untuk melaksanakan kursus dalam bidang pengajian dan perkhidmatan pembangunan pada pelajar.

Iklan

Di bawah laluan program diploma dan ijazah bekerja, pelajar yang mengikuti kursus belajar sambil bekerja boleh mula mengambil modul di peringkat universiti lebih awal dan meraih ijazah mereka sehingga dua atau tiga tahun lebih awal.

“Melalui program ini, penuntut akan melalui program bekerja sambil belajar di Universiti Limkokwing,” katanya dalam satu kenyataan.

Salah seorang graduan yang bergelar bapa menunjukkan kejayaan diperolehnya kepada anak perempuanya selepas menamatkan pengajian dalam program Bekerja Sambil Belajar di Universiti Limkokwing.

Jelas Kok Wing, kursus yang ditawarkan sejajar usaha dan peranan universiti dalam memperkasakan Pelan Tindakan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang disifatkannya sebagai komprehensif dan holistik dalam semua perkara berkaitan pendidikan negara.

Pegawai akademik memberi penerangan mengenai Program Bekerja Sambil Belajar yang ditawarkan di Universiti Limkokwing.

“Pengajaran dan pembelajaran bekerja sewaktu belajar tidak salah selagi tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Sesetengah orang memandang prejudis terhadap pelajar yang bekerja sambil belajar ini seperti menganggap mereka menjadikan alasan bekerja untuk mengelak diri daripada menghadiri perjumpaan kerja berkumpulan. 

“Masyarakat harus memahami bahawa pelajar mempunyai alasan tersendiri berbuat demikian. Misalnya, mereka terpaksa bekerja demi menjana pendapatan atau menampung kos tambahan kehidupan.

“Para pelajar yang bekerja samada secara sambilan atau tetap seharusnya bijak membahagikan masa antara pelajaran dan pekerjaan agar kedua-dua bidang tersebut seimbang,” jelasnya lagi.

Menurut Kok Wing, penting demi mengelakkan fokus terhadap pelajaran yang mampu menghasilkan kualiti kerja yang bermutu, para pelajar yang membuat keputusan untuk bekerja sambilan perlu memastikan bahawa tugasan yang diberi dapat dilaksanakan dengan baik dan tepat pada masanya.

Di samping itu mereka perlu sentiasa menghadiri kuliah serta tutorial supaya tidak keciciran dalam pelajaran.

Graduan kegembiraan ketika majlis konvokesyen yang diadakan di Universiti Limkokwing.

“Istimewanya pelajar Universiti Limkokwing ialah mereka akan memperoleh pengalaman bekerja sebenar melalui latihan praktikal termasuk menerusi menguruskan masa, berdikari serta berdisiplin iaitu alam pekerjaan yang bakal mereka tempuhi kelak,” tambahnya.

Dalam pada itu, Kok Wing berkata, dalam alam pekerjaan memang tidak dinafikan bahawa majikan lebih memandang dan memilih pekerja yang mempunyai kebolehan interpersonal seperti kebolehan berkomunikasi yang baik.

TAWARAN terbuka promosi kepada orang ramai yang berjaya mempromosi pelajar baharu di Universiti Limkokwing.

“Pada hari ini, seseorang yang mempunyai segulung ijazah tanpa personaliti yang unggul tidak akan dipandang oleh majikan.

“Bekerja sambil belajar dalam kalangan pelajar adalah tidak salah selagi mana mereka boleh menguruskan kedua-duanya dengan seimbang,”jelasnya.

Sebarang pertanyaan mengenai program bekerja sambil  belajar di Universiti Limkokwing boleh melayari laman web https://www.limkokwing.net/ atau hubungi talian 03-83178888. – KLIQ NEWS.

  • Merupakan bekas wartawan pendidikan akhbar Utusan Malaysia. Berpengalaman selama 14 tahun dengan syarikat akhbar berpengaruh Utusan Melayu (M) Bhd. "Utusan Merakamkan Sejarah Malaysia, Utusan Merakamkan Peristiwa Negara' sehingga akhbar itu tidak diterbitkan pada usia akhbar itu genap 80 tahun pada Oktober 2019.

Iklan

Leave a Reply

%d bloggers like this: