Guna tayar ‘Hellaflush’ boleh didenda sehingga RM2,000

Pernah tak ketika anda memandu ternampak kereta yang tayar dan rimnya agak terkeluar ataupun terkangkang?

Bagi penggemar ubah suai kereta, ia dikenali juga sebagai ‘Hellaflush’ iaitu pemilik kenderaan itu mengunakan rim yang agak lebar dan ia lebih lebar daripada tayar itu sendiri sehingga menyebakan tayar tersebut perlu ‘ditarik’ (stretch) ketika dipadankan pada rim.

Menurut, laman web paultan.org menerusi tajuk artikel “Kenapa JPJ buru ‘rim dan tayar kangkang’?”, sistem suspensi juga perlu diubahsuai untuk merendahkan kenderaan sehingga tayar kelihatan ‘sendat’ pada ruang roda.

Untuk mendapat rupa yang lebih menarik, ada juga pemilik mengubah sudut camber dengan sudut lebih negatif dan kereta tersebut kelihatan seperti terkangkang, serta ia dapat direndahkan lagi.

Iklan

Namun begitu, oleh kerana terdapat segelintir pemilik kereta yang membuat pengubahsuaian secara berlebihan seperti menggunakan rim yang terlalu lebar sehingga terkeluar dari ruang roda dan sudut camber yang terlalu ekstrem sehingga menyebabkan ia berjalan terkangkang secara berlebihan, perkara ini telah dipandang serius oleh pihak berkuasa.

Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Facebook pasukan itu memaklumkan, pengubahsuaian tersebut boleh menyebabkan sesuati pemanduan terjejas.

Ia akibat daripada kegagalan sistem keselamatan dan brek yang tidak berfungsi dengan cekap sehingga merisikokan nyawa pemandu serta pengguna jalan raya lain.

Sehubungan itu, Tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 6, Akta Penngangkutan Jalan 1987 dan Peraturan 138, Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 170/59.

Ia atas kesalahan ubah suai kenderaan tanpa kebenaran Jabatan Pengangkutan Jalan.

Jika disabitkan kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan.

Iklan

Leave a Reply

%d bloggers like this: