Kartunis Petai meninggal dunia

Kartunis Petai atau nama sebenarnya Roslan Kassim, 49 , telah meninggal dunia di Hospital Serdang sekitar jam 8:14 pagi tadi.

Menerusi Facebook Rumah Kartun & Komik Malaysia-MCCH, Roslan telah dimasukkan ke hospital malam tadi kerana sesak nafas (asma).

“Bersamalah kita menghadiahkan bacaan Al-Fatihah dan memohon doa kepada Allah yang baik-baik terhadapnya,” kata kenyataan itu.

Berasal dari Melaka, Allahyarham sangat terkenal dengan watak Dukun Petai ketika berkarya dengan majalah Ujang.

Iklan
Keratan akhbar wawancara bersama Roslan yang disiarkan Berita Harian pada 2009.

Selain majalah komik Ujang, Roslan juga pernah berkarya dengan majalah Apo, Gelihati dan Gila-Gila selain pernah menghasilkan komik humornya, Petai Palooza.

Sementara itu, kartunis Ubi menerusi akaun Facebook miliknya juga terkejut dengan pemergian Roslan.

Tangkap layar daripada Facebook kartunis Ubi yang menyatakan rasa terkejutnya di atas pemergian Roslan.

“Dapat berita mengejut mengatakan bahawa kartunis Petai @ Roslan Kassim telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi tadi. Masih terkejut dengan perkhabaran ini.

“Semoga keluarga almarhum tabah menghadapi dugaan ini. Mari bersama kita doakan yang terbaik buat beliau semoga tenang di sana. Insyaallah,” katanya.

Iklan

Leave a Reply

%d bloggers like this: