6,000 jersi Selangor terjual dalam 48 jam

Sebanyak 6,000 jersi ‘home’ Selangor FC 2021 berjaya terjual kurang dari tempoh 48 jam di kedai dalam talian Selangor FC dan di kesemua vendor dan di kesemua vendor pengeluar jersi rasmi pasukan Merah Kuning, Joma.

Selangor FC dalam kenyataan hari ini memaklumkan, bagi menghargai sambutan yang menggalakkan tersebut, sebanyak 1,600 helai stok baharu akan ditambah minggu ini di kedai atas talian Selangorfc.com untuk mereka yang tidak berkesempatan membelinya sebelum ini.

Manakala edisi penyokong pula akan mula dijual selepas sambutan Tahun Baharu Cina.

“Pihak pengurusan Selangor FC amat menghargai dan berterima kasih kepada ke semua penyokong Red Giants atas sambutan yang hangat untuk jersi Home pertama Selangor FC ini. Teruskan menyokong pasukan Merah Kuning.

Iklan

“Jersi home 2021 SFC ini dijual dengan harga RM109 untuk versi edisi pemain dan tambahan RM45 dikenakan untuk tambahan ‘customized nameset’ di belakang jersi manakala pemegang Red Giants Team Card 2021 pula bakal menikmati 10 peratus diskaun untuk harga jersi ini,” kata kenyataan itu lagi.

Jersi utama pasukan Selangor FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2021.- Gambar Selangorfc.com

Menjadi pasukan pertama yang melancarkan jersi bagi menghadapai musim 2021, Selangor FC telah menerima pelbagai respon positif daripada penyokong Selangor dan juga pemerhati bola sepak Malaysia untuk rekaan jersi yang diinspirasikan daripada pasukan Merah Kuning sewaktu menjulang kejuaraan Piala Malaysia pada tahun 1986 itu.
 
Selain menerima komen-komen positif di laman sosial, jersi retro bertemakan “Legasi Mokhtar Dahari” dan berlemenkan bungan Tanjung ini juga mendapat perhatian portal-portal sukan di dalam dan luar negara terutamanya daripada Indonesia.

Ini kerana salah seorang pemain legenda mereka, Ristomoyo Kassim juga merupakan sebahagian dari skuad 1986 dan turut menjaringkan gol pada perlawanan final tersebut.
 

Iklan

Leave a Reply

%d bloggers like this: