Islamic Relief kecam keganasan di Palestin

Organisasi bantuan dan pembangunan kemanusiaan antarabangsa, Islamic Relief mengutuk dan mengecam siri keganasan dan serangan
terbaharu terhadap penduduk Palestin di Jerusalem Timur yang menjadikan ia kekerasan terburuk selama tempoh beberapa tahun ini.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Islamic Relief Worldwide, Tufail Hussain berkata, pihaknya berasa bimbang apabila menerima laporan yang mengatakan bahawa tentera Israel menembak peluru getah dan gas pemedih mata kepada para jemaah yang sedang
bersembahyang di Al-Aqsa iaitu tempat ketiga paling suci dalam Islam.

Pasukan keselamatan Israel bertempur dengan penduduk Palestin di pekarangan Masjid Al-Aqsa

“Ia berlaku di dalam bulan Ramadan yang mulia. Seharusnya, hak insan untuk beribadah dengan bebas dan selamat perlu dijunjung dan dipelihara oleh semua tanpa mengira agama!

“Dalam beberapa hari ini, kanak-kanak adalah antara ratusan yang tercedera dan ramai yang dikejarkan ke hospital.

Iklan

“Kami mengutuk semua kekerasan yang dilakukan terhadap orang awam. Kami juga mengecam usaha mengusir keluar keluarga Palestin secara paksa dari kediaman mereka di kawasan Syekh Jarrah di Jerusalem Timur dan menggantinya dengan penempatan Israel,” tegasnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Tufail, pihaknya meminta pemerintah Israel untuk segera menghentikan pengusiran seperti itu, yang telah diperingatkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa ia bertentangan
dengan undang-undang antarabangsa.

“Kami meminta PBB dan pihak berpengaruh yang lain untuk menyediakan bantuan kemanusiaan yang bersesuaian untuk semua yang terkesan
akibat keganasan baru-baru ini,” katanya lagi.

Islamic Relief telah beroperasi di Palestin sejak tahun 1997 dan pada tahun 2020 sahaja organisasi itu telah membantu kira-kira 400,000 orang melalui projek-projek di Gaza seperti rawatan perubatan, akses pendidikan dan latihan kemahiran untuk para belia.

Iklan

Leave a Reply

%d bloggers like this: