71 tahun peristiwa serangan terhadap Balai Polis Bukit Kepong

Hari ini merupakan genap 71 tahun peristiwa serangan komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong, Muar, Johor.

Kejadian ketika Persekutuan Tanah Melayu masih dalam keadaan darurat itu benar-benar memberi kesan emosi yang cukup mendalam kerana 19 anggota polis pada ketika itu terbunuh mempertahankan tanah air.

Pada waktu itu,  Balai Polis Bukit Kepong telah diserang 180 orang komunis bermula sekitar pukul 5.00 pagi pada 23 Februari 1950.

25 orang anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur malah oua orang isteri anggota polis turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban.

Iklan
Anggota polis yang terbunuh dan tercedera semasa kejadian serangan Komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong.

Mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.

Dalam kejadian ini, 19 orang anggota polis dan sejumlah 40 tentera komunis telah terkorban. Antara anggota polis yang terkorban termasuklah Ketua Balai Polis Bukit Kepong, Sarjan Jamil Mohd. Shah.

Pertempuran tersebut turut menyebabkan balai polis dan berek tempat anggota tinggal turut dibakar sehingga hangus.

Selepas 71 tahun, jangan biar kisah-kisah perjuangan pahlawan negara suatu ketika dahulu termasuk mengenai peristiwa Balai Polis Bukit Kepong dibiarkan terpadam, ia mesti dicerita dan diberitahu selalu.

Biar ia kekal dalam ingatan generasi muda, biar semangat kasih dan cintakan negara terus mekar dan kejadian yang berlaku dijadikan iktibar.

Iklan

Leave a Reply

%d bloggers like this: