Chong Wei taja 20 komputer riba

Prihatin dengan masalah yang dihadapi ramai ibu bapa yang kurang berkemampuan untuk menyediakan peranti sesuai bagi anak-anak mereka mengikuti sesi Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR), banyak pihak tampil menghulurkan bantuan.

Tidak terkecuali legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Jika sebelum ini beliau telah menaja sebanyak 50 unit tablet komputer menerusi program Asal Cek Mau Pi Sekolah! kelolaan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim, hari ini menerusi program yang sama, Chong Wei menaja sebanyak 20 unit komputer riba pula.

“Baru selesai panggilan telefon bersama Datuk Wira Lee Chong Wei., beliau menyatakan hasrat untuk taja 20 buah laptop lagi untuk program Asal Cek Mau Pi Sekolah!

Iklan

“Chong Wei, jasamu kepada anak-anak kita terlalu besar. Saya hanya mampu ucapkan terima kasih dan saya doakan Tuhan merahmati Chong Wei sebagaimana Chong Wei telah bermurah hati dengan anak-anak kita.

“Saya berjanji, semua peranti ini akan diedarkan kepada keluarga yang layak secepat mungkin sebaik sahaja bekalan sampai kat kami,” katanya Steven Sim menerusi akaun Facebook miliknya hari ini.

Steven Sim (dua, dari kiri) menyampaikan sumbangan tablet komputer kepada pelajar yang memerlukan menerusi program Asal Cek Mau Pi Sekolah! kelolaannya.
Iklan

Leave a Reply

%d bloggers like this: