Tiada lagi keletah ‘Atan’

Pelawak popular, Datuk Jamali Shadat, 78, meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 pagi, hari ini di kediaman anaknya di Klang, Selangor.

Jenazah difahamkan akan dikebumikan di Pulau Indah, Klang.

Jamali sebelum ini dilaporkan uzur serta tidak mampu berjalan dan kurang selera makan.

Isterinya, Lela Yacob meninggal dunia akibat serangan angin ahmar pada Jun 2018, sehingga membuatkan Jamali kemurungan malah semasa Jamali diserang angin ahmad beliau dijaga oleh isterinya itu sehingga pulih.

Iklan

Jamali Shadat merupakan pelawak yang terkenal kerana kebolehannya meniru pelbagai dialek seperti Mandarin, Jawa dan Tamil dalam persembahan-persembahan pentas yang dijayakannya sejak tahun 1970-an.

Cameo watak Datuk Jamali Shadat juga ada disiarkan dalam episod siri animasi terkenal, Upin & Ipin.

Dilahirkan di Bukit Kapar, Klang, Selangor, beliay sering beraksi dengan keletah ‘Atan’, budak lelaki yang sering membuli datuknya dengan gayanya yang melontarkan suara kanak-kanak itu yang mencuit hati penonton.

Iklan

Leave a Reply

%d bloggers like this: