Ramai menanti drama Mr. Queen minggu ini

Ada yang layan drama ni?

Mr. Queen, drama Korea Selatan popular yang ditayangkan di tvN kini memasuki episod ke-15 hari ini bagi tayangan di negara itu.

Sejak mula disiarkan pada 12 Desember 2020 lalu, ia telah meraih rating tinggi termasuk di negara ini dan ia ditunggu para penggemar drama Korea saban minggu.

Drama ini dibintangi oleh Shin Hye Sun yang membawakan watak permaisuri Joseon, Kim So Young yang mempunyai roh seorang lelaki yang terperangkap dalam tubuhnya.

Iklan
Permaisuri Kim So Young- Gambar TvN

Kim Jung Hyun pula berperan sebagai Raja Cheoljong, yang terlihat seperti seorang raja yang lemah tetapi sebenarnya menyembunyikan kemampuan sebenarnya.

Siapa tonton episod terakhir? pasti tak sabar nak menontonnya minggu ini kan?

Difahamkan episod ke-15 akan menyaksikan permaisuri, Kim So Yong mula menunjukkan kekuatannya di istana.

Dia malah tidak lagi ingin dipandang rendah oleh sesiapa yang berusaha untuk menyingkirkannya dari istana.

Hubungan Raja Cheoljong dan Permaisuri Kim So Young semakin erat dalam episod Ke-15.- Gambar TvN

Episod kali ini juga dikatakan Kim So Young dan Raja Cheoljong akan bekerjasama malah hubungan mereka juga semakin rapat dan romantis. Aduhai.-Kliq News

Iklan

Leave a Reply

%d bloggers like this: