RTM Sport News platform laporan sukan menyeluruh

Dalam usaha memastikan perkembangan terkini sukan dalam dan luar negara dapat diperoleh secara tepat maka RTM memikul tanggungjawab itu bagi menjadi platform penyiaran paling dekat dengan masyarakat dalam menyajikan laporan lebih segar.

Edisi Sukan menggabungkan dua pembaca dalam setiap edisi.

Bermula pada 21 Jun 2020, berita Edisi Sukan terbitan Unit Berita, Saluran Sukan, telah bersiaran setiap hari pada jam 1.30 tengah hari selama 30 minit di Saluran MyFreeview 111 dan pukul 3.30 petang di saluran Berita RTM (MyFreeview 123).

Konsep penyampaian yang bersahaja oleh barisan pembaca berita Edisi Sukan telah membawa kelainan dalam penyampaian.

Blindside yang diacarakan oleh Suliana Selamat.

Menurut Penolong Pengurus Unit Berita, Saluran Sukan, Rohaizulfarridz Salleh, objektif utama penubuhan berita Edisi Sukan adalah untuk menambah baik perkhidmatan RTM kepada penonton dan memberikan saingan secara sihat kepada pemain industri media sukan dalam negara.

Iklan
Penolong Pengurus Unit Berita, Saluran Sukan, Rohaizulfarridz Salleh.

“Fokus utama unit ini tidak hanya tertumpu kepada sukan-sukan utama sahaja tetapi turut memberi ruang kepada sukan lain untuk diketengahkan agar lebih dikenali umum kerana bagi kami setiap persatuan sukan di negara ini layak mendapat tempat bersama RTM Sports News.

“Dalam masa sama penubuhan unit ini juga dilihat mampu merancakkan laporan sukan di Malaysia dalam menyajikan lebih banyak berita sukan yang lebih mendalam.

“Ini juga akan memberi kelebihan kepada penonton untuk mendapatkan laporan berita yang lebih luas dan menyeluruh.

“Bukan itu sahaja, kami juga memahami keperluan semasa dalam kalangan pemain industri sukan Malaysia dan kerana itu kami turut memberi ruang kepada atlet dan pengiat sukan untuk melontarkan pandangan dalam sesuatu isu berkaitan pembangunan sukan tanah air.

“Antara produk unit ini ialah seperti Blindside yang menjadi medan buat pelbagai isu semasa dibincangkan secara mendalam sekali gus mampu menjawab segala persoalan yang bermain dalam kalangan penonton,” katanya.

Edisi Sukan mewujudkan elemen interaksi dalam menyampaikan laporan terkini dunia sukan menerusi penyampai muda dan berbakat besar.

Edisi Sukan menggabungkan dua pembaca dalam setiap edisi bagi mewujudkan elemen interaksi dalam menyampaikan laporan terkini dunia sukan menerusi penyampai muda dan berbakat besar.

Antaranya ialah seperti Dinie Asyraf, Nor Syazleen, Mosen Hakim, Sabri Hambali, Abby Yusof, Ereen Merican, Fariz Alias dan Shewta Sekhon.

Skop berita dalam Edisi Sukan yang bersiaran terbahagi kepada tiga segmen iaitu Blok Tempatan, Global dan Sukan Komuniti atau Ekslusif.

Kini saluran RTM SPORTS beroperasi seperti saluran-saluran lain di RTM dengan memberikan siaran ‘niche’ 100 peratus kandungan kejohanan sukan tempatan dan antarabangsa dalam format digital berdefinisi tinggi (HD) dan percuma kepada seluruh rakyat Malaysia.

Ikuti Edisi Sukan di RTM SPORTS saluranMyFreeview 111.

Iklan

Leave a Reply

%d bloggers like this: