Tandas stesen minyak bertaraf 5 bintang di Senawang

Sesiapa pun tidak boleh nafi, antara perkara yang paling perit untuk dihadapi adalah menahan untuk ‘melepaskan hajat’, lebih-lebih lagi ketika sedang memandu, jalan pula sesak, tak tertanggung rasanya.

Tempat pertama yang paling dicari adalah stesen minyak yang selalunya tersedia dengan tandas, namun apabila tiba di tempat yang dihajati, hilang selera terus untuk melepaskan hajat, tak sanggup .

Tandas yang kotor, tiada air, pam tandas tidak berfungsi dan macam-macam lagi yang boleh menyekat keinginan awal tadi.

Mempunyai pendingin hawa antara ciri yang membolehkan tandas stesen minyak mendapat pengiktirafan lima bintang.-Sumber Facebook Petron Senawang 2.

Namun tidak semua tandas di stesen minyak berada dalam keadaan begitu, masih banyak yang bersih dan dijaga dengan keadaan yang baik. Jika anda pernah merasai pengalaman menggunakan tandas yang bersih di mana-mana stesen minyak, berterima kasih lah kepada pengusaha stesen minyak tersebut.

Iklan

Salah satu stesen minyak yang bersih di Seremban adalah stesen minyak Petron Senawang 2 yang beralamat di Lot 1254, Persiaran Senawang 1, Jalan Senawang, Seremban, Negeri Sembilan.

Bunga-bunga segar yang ada di laman di luar tandas- Sumber Facebook Petron Senawang 2.

Penulis berkesempatan menggunakan tandas tersebut baru-baru ini ketika berhenti mengisi minyak ketika perjalanan dari Kajang ke rumah saudara di Rembau.

Tandas di stesen minyak ini, bukan sahaja bersih, tapi amat bersih, malah kebersihannya diiktiraf lima bintang oleh pihak berkuasa tempatan.

Bukan sahaja kebersihan dalam tandas malah laman di luar tandas juga dihias cantik, memang terbaik.

Meja taman juga disediakan yang turut membolehkan pelanggan menunggu dalam keadaan tenang dan selesa sekiranya ada orang lain sedang menggunakan tandas.- Sumber Facebook Petron Senawang 2.

Bukan mudah untuk mendapat pengiktirafan lima bintang tersebut, menurut akaun Facebook Petron Senawang 2, tidak banyak tandas stesen minyak memperoleh 5 bintang terbersih dan ia perlu memenuhi beberapa ciri.

Turut disediakan ruang bayi serta mesin pengering tangan. – Sumber Facebook Petron Senawang 2.

Antara ciri-ciri tandas stesen minyak yang bertaraf lima bintang , ia perlu dilap setiap setengah jam, mempunyai pendingin hawa, pengering tangan, sabun, tisu , napkin, kipas, ruang bayi, ramp, lampu cermin, meja taman, musik santai dan bunga-bunga segar.

Wah, memang bukan kerja mudah tapi apabila ia berjaya disediakan, memang terbaik lah dan pujian wajar diberikan kepada pihak Petron Senawang 2 yang telah melakukan terbaik demi keselesaan pelanggan. Tahniah!- KLIQ NEWS.

Iklan

Leave a Reply

%d bloggers like this: