Dewan MAEPS jadi pusat kuarantin, rawatan COVID-19 berisiko rendah

schedule
2020-03-28 | 11:40h
update
2020-03-28 | 11:40h
person
kliqnewsmedia.com
domain
kliqnewsmedia.com

Dewan MAEPS jadi pusat kuarantin, rawatan COVID-19 berisiko rendah

Dewan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) kini dalam persiapan akhir untuk dijadikan sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah. 

Sebanyak 600 katil kesemunya ditempatkan di dua buah dewan di MAEPS. – SUMBER GAMBAR AKAUN TWITTER KKM

Menurut Kementerian Kesihatan, pusat tersebut akan menempatkan 600 katil iaitu 400 untuk pesakit lelaki dan 200 wanita.

“Pusat ini sebagai persediaan sekiranya berlaku gelombang ketiga.

Pusat kuarantin dan rawatan ini sebagai persediaan sekiranya berlaku gelombang ketiga COVID-19.-SUMBER GAMBAR AKAUN TWITTER KKM

“Ia akan menempatkan pesakit COVID-19 yang mempunyai gejala-gejala berisiko rendah,” menurut akaun Twitter kementerian tersebut hari ini.

Dalam pada itu, pesakit yang berisiko tinggi terutama yang mempunyai sejarah penyakit kronik ditempatkan di hospital.

Bakal menempatkan pesakit-pesakit COVID-19 yang berisiko rendah-SUMBER AKAUN TWITTER KKM

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menjelaskan, dewan Hall A MAEPS boleh memenuhi kapasiti 400 katil dan Hall B sebanyak 200 katil pada satu masa.

Ia diuruskan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan.

Editor

Website:

Tiada kemasukan produk Mi Sedaap mengandungi racun perosak ke MalaysiaAMP
Kembar siam pramatang pertama di Malaysia berjaya dipisahkanAMP
Young Syefura positif jangkitan Covid-19AMP
27,831 kes baharu Covid-19 hari ini, rekod tertinggiAMP
Hishammuddin akur dikompaun langgar SOPAMP
Bazar Ramadan dibenar beroperasi tahun iniAMP
Khairy, Hishammuddin, Syed Hamid diterima kembali sertai UMNOAMP
Perkataan ‘bukan sekadar’ bukti penulisan ChatGPT?AMP
Manfaat musim kemarau untuk kesuburan tanahAMP
Wardah Colorfit Cream BlushAMP
Imprint
Responsible for the content:
kliqnewsmedia.com
Privacy & Terms of Use:
kliqnewsmedia.com
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
09.11.2026 - 05:37:29
Privacy-Data & cookie usage: