Tiada kemasukan produk Mi Sedaap mengandungi racun perosak ke Malaysia

schedule
2022-10-07 | 05:47h
update
2022-10-07 | 13:21h
person
kliqnewsmedia.com
domain
kliqnewsmedia.com
Tiada kemasukan produk Mi Sedaap mengandungi racun perosak ke Malaysia

Kementerian Kesihatan dilaporkan mengambil maklum susulan laporan media mengenai residu ethylene oxide yang dikesan di dalam beberapa perisa produk Mi Sedaap keluaran negara Indonesia.

Advertisement

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menjelaskan, produk yang terlibat adalah:

  1. Mi Sedaap Korean Spicy Chicken Instant Noodles dengan tarikh luput 21 Mei 2023; dan
  2. Mi Sedaap Korean Spicy Soup Instant Noodles dengan tarikh luput 17 Mac 2023.

“Untuk makluman, Ethylene oxide adalah racun perosak yang tidak dibenarkan penggunaannya dalam makanan berdasarkan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

“Ia merupakan sebatian gas kimia yang bersifat karsinogenik dan sering digunakan bagi menjalankan fumigasi atau pewasapan untuk membasmi makhluk perosak seperti serangga.

“Melalui semakan Kementerian Kesihatan ke atas data Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM) mengesahkan Mi Sedaap Korean Spicy Soup Instant Noodles ada diimport ke negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, tiada kemasukan produk terlibat dengan dengan tarikh luput seperti di atas direkodkan.

“Kementerian Kesihatan akan terus menjalankan pemantauan di pasaran dan mengenakan tindakan Tahan, Uji dan Lepas (TUL) di semua pintu masuk negara.

“Kementerian Kesihatan sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna, ” kata Noor Hisham .

Beliau memaklumkan pengguna yang mempunyai sebarang maklumat atau kemusykilan berhubung isu itu boleh menghubungi pihak Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau menerusi Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) 

Advertisement

Imprint
Responsible for the content:
kliqnewsmedia.com
Privacy & Terms of Use:
kliqnewsmedia.com
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
15.04.2026 - 19:01:40
Privacy-Data & cookie usage: