Perkataan 'bukan sekadar' bukti penulisan ChatGPT?

schedule
2026-04-12 | 18:07h
update
2026-04-12 | 18:07h
person
kliqnewsmedia.com
domain
kliqnewsmedia.com
Perkataan ‘bukan sekadar’ bukti penulisan ChatGPT?

Kalau kita perasan kebelakangan ini, ada satu frasa yang makin kerap muncul dalam penulisan iaitu ‘bukan sekadar’. Perkataan ini makin kerap ditemukan malah dalam penulisan menteri-menteri, menteri besar dan wakil rakyat yang disiarkan dalam akaun media sosial mereka.

Ayat ini sebenarnya nampak biasa, malah sedap dibaca. Tapi dalam kalangan penulis dan pembaca yang peka, ia mula jadi semacam ‘tanda’ yang boleh menimbulkan persoalan.

Advertisement

Kenapa? Sebab frasa ‘bukan sekadar”’ sering digunakan dalam penulisan yang cuba nampak lebih dramatik atau ‘deep’. Contohnya, “Ini bukan sekadar produk, tetapi satu pengalaman. Bunyi menarik, tapi bila terlalu kerap digunakan, ia mula terasa formulaik.

Dalam konteks hari ini, ada yang berpendapat penggunaan frasa ini secara berulang-ulang boleh jadi petunjuk bahawa sesuatu penulisan itu mungkin dijana oleh AI seperti ChatGPT.

Ini kerana AI cenderung menggunakan struktur ayat yang selamat, mudah difahami dan ‘berbunyi profesional’ dan ‘bukan sekadar adalah salah satu daripadanya.

Namun, tidak adil juga untuk terus menghukum bahawa sesiapa yang guna ayat ini pasti tidak menulis sendiri. Hakikatnya, ramai juga penulis manusia yang suka menggunakan gaya sebegini kerana ia memang efektif untuk memberi penegasan.

Isu sebenar bukan pada frasa ‘bukan sekadar’ itu sendiri, tetapi bagaimana ia digunakan. Jika satu artikel penuh dengan pola ayat yang sama, berulang-ulang dengan struktur serupa, di situlah pembaca mula rasa sesuatu tidak kena, seolah-olah tiada ‘jiwa’ dalam penulisan tersebut.

Penulisan manusia biasanya ada variasi. Kadang-kadang ayatnya ringkas, kadang panjang. Ada emosi, ada gaya tersendiri malah ada kesilapan kecil yang membuatkan ia terasa lebih hidup. Berbeza dengan AI yang cenderung terlalu konsisten dan ‘cantik’.

Jadi, kalau nak guna frasa ‘bukan sekadar”’ sebenarnya tiada masalah. Cuma jangan terlalu bergantung padanya. Cuba variasikan dengan gaya lain seperti ‘lebih daripada itu’ atau terus sahaja nyatakan point tanpa perlu frasa dramatik.

Akhirnya, kekuatan sebenar penulisan bukan terletak pada satu frasa tertentu, tetapi pada keaslian suara penulis itu sendiri. Pembaca hari ini semakin bijak. Mereka boleh bezakan mana yang ditulis dengan hati dan mana yang disusun untuk nampak sempurna. Adakah penulisan ini juga dijana ChatGPT?

Advertisement

Imprint
Responsible for the content:
kliqnewsmedia.com
Privacy & Terms of Use:
kliqnewsmedia.com
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
15.04.2026 - 21:18:33
Privacy-Data & cookie usage: