Daim Zainuddin meninggal dunia

schedule
2024-11-13 | 04:13h
update
2026-03-31 | 17:13h
person
kliqnewsmedia.com
domain
kliqnewsmedia.com
Daim Zainuddin meninggal dunia

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggal dunia di sebuah hospital swasta, di ibu negara hari ini pada usia 86 tahun.

Advertisement

Menurut laporan media tempatan, pemergian ahli politik veteran dan ahli perniagaan itu disahkan oleh peguamnya, Datuk Dr. Gurdial Singh Nijar.

Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia selepas menerima rawatan di hospital berkenaan sejak dua minggu lalu.

Daim atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin dilahirkan pada 29 April 1938 di Kedah dan pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen selama lima penggal antara tahun 1982 dan 2004.

Allahyarham memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan dari tahun 1984 sehingga 1991 dan kali kedua pada tahun 1999 sehingga 2001.

Semasa pentadbiran kali kedua Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri iaitu pada tahun 2018, Allahyarham telah diberikan kepercayaan sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (Council of Eminent Persons, CEP).

Tugas utamanya adalah memberi nasihat dan cadangan kepada kerajaan dalam hal-hal berkaitan ekonomi, kewangan, dan pentadbiran negara bagi memulihkan ekonomi Malaysia pada waktu itu.

Advertisement

Imprint
Responsible for the content:
kliqnewsmedia.com
Privacy & Terms of Use:
kliqnewsmedia.com
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
16.04.2026 - 01:07:15
Privacy-Data & cookie usage: