Hishammuddin akur dikompaun langgar SOP

schedule
2022-02-13 | 14:03h
update
2022-02-13 | 14:14h
person
kliqnewsmedia.com
domain
kliqnewsmedia.com
Hishammuddin akur dikompaun langgar SOP

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akur apabila dia dikompaun oleh Kementerian Kesihatan selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) tentang penjarakan sosial ketika menghadiri satu majlis di Kota Iskandar hari ini.

Hishammuddin menerusi akaun Facebook miliknya memaklumkan, beliau mengakui terdapat kelemahan dalam pematuhan SOP pada Majlis Pelancaran Briged MIC Johor tersebut.

“Saya telah dimaklumkan bahawa saya telah dikompaun oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kerana melanggar SOP.

“Saya terima dan saya akui sememangnya terdapat kelemahan dalam pematuhan SOP terutama di majlis pelancaran tadi. Bagaimanapun, salah tetap salah.

“Tiada sesiapa yang harus terlepas daripada penguatkuasaan undang-undang, termasuk diri saya sendiri. merupakan pengajaran kepada semua untuk meningkatkan lagi pematuhan SOP terutama sepanjang musim #PRNJohor ini,” kata beliau lagi.

Saya hadir sebagai tetamu dan saya terima, memang ada kelemahan dalam pematuhan SOP tadi. Tapi, salah tetap salah.

No one is above the law, including myself. This should be a lesson for us all. https://t.co/ditVwQ5cqT pic.twitter.com/qXKXXSJKgZ

— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O) February 13, 2022

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah mengarahkan kompaun dikenakan terhadap beberapa pemimpin kanan Barisan Nasional (BN) kerana didapati melanggar (SOP) tentang penjarakan sosial dalam majlis tersebut.

Mereka yang turut dikenakan kompaun ialah Presiden MIC , Tan Sri SA Vigneswaran, dan Pengerusi BN Johor, merangkap Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad. Penganjur majlis tersebut turut dikenakan kompaun.

Saya telah mengarahkan pegawai @KKMPutrajaya untuk keluarkan kompaun kepada DS Hishammuddin, DS Hasni, TS Vigneswaran, pemimpin utama yang hadir & penganjur di bawah Akta 342. @KKMPutrajaya akan terus pantau SOP sempena PRN Johor. https://t.co/ULngJMCZKS

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) February 13, 2022

Imprint
Responsible for the content:
kliqnewsmedia.com
Privacy & Terms of Use:
kliqnewsmedia.com
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
15.04.2026 - 19:01:02
Privacy-Data & cookie usage: