Lambakan keledek, ubi kayu di Sepang

Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Sepang, Selangor kini mengalami lambakan hasil keledek dan ubi kayu akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac lalu.

Hantaran di akaun Facebook akaun Pejabat Pertanian Daerah Sepang berkenaan masalah lambakan keledek dan ubi kayu

Menurut akaun Facebook Pejabat Pertanian Daerah Sepang, lambakan tersebut berlaku disebabkan kebanyakan pemborong sedia ada terpaksa membatalkan pengambilan kerana jualan agak perlahan.

Antara hasil tanaman yang terlibat adalah jenis ubi keledek (large white), ubi keledek (bukit naga), ubi keledek (jepun), ubi kayu (Sri Pontian), ubi kayu (Medan).

Sehubungan itu, pihak pemborong atau orang ramai yang mengenali pihak pemborong yang berminat untuk mendapat hasil berkenaan, boleh berhubung dengan Encik Muhammad M Minarwan Bin Mohd Zailain di 017-6572127 di TKPM Sg.Blankan ataupun Encik Mohd Irwan Shah Bin Masdan di 019-6814500.

Iklan

“Inilah sumber pencarian kebanyakan mereka untuk menampung kehidupan harian..semoga ada yang dapat membantu untuk membeli hasil ini,” menurut akaun Facebook berkenaan.

Iklan

Leave a Reply

%d bloggers like this: