"Sediakan makanan untuk dibawa pulang sahaja"

schedule
2020-03-18 | 08:38h
update
2020-03-18 | 08:53h
person
kliqnewsmedia.com
domain
kliqnewsmedia.com

“Sediakan makanan untuk dibawa pulang sahaja”

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar meminta supaya pengusaha kedai makan di negeri itu untuk menyediakan makanan untuk dibawa pulang oleh pelanggan sahaja.

Ia selepas terdapat segelintir rakyat yang masih berkumpul di kedai makan di sekitar daerah Kuala Terengganu dan Marang.

Gambar yang tular di media sosial yang menunjukkan segelintir orang ramai yang menjamu selera di medan selera Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu.

Malah beliau sendiri mendakwa melihat terdapat pelanggan yang masih menjamu selera di beberapa buah premis makanan pada sebelah pagi tadi walaupun arahan hanya membenarkan pelanggan membeli dan membawa pulang ke rumah.

“Pihak kedai makan, semua ada peranan masing-masing, hanya sediakan makanan untuk dibawa pulang sahaja,” katanya seperti dilaporkan BH Online hari ini.

Tular di media sosial hari ini beberapa gambar orang ramai sedang berkumpul di medan selera di Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu hari ini.

Gambar yang tular di media sosial hari ini yang menunjukkan segelintir orang ramai yang menjamu selera di medan selera Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu.

Mengakui terkilan dengan apa yang berlaku, Ahmad Samsuri merayu penduduk Terengganu mengambil cakna berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan yang mula dikuat kuasakan hari ini.

MENTERI Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

“Saya merayu penduduk Terengganu mengambil cakna mengenai Perintah Kawalan Pergerakan yang turut melarang mana-mana individu berkumpul serta makan di kedai,” katanya.

Editor

Website:

Tiada kemasukan produk Mi Sedaap mengandungi racun perosak ke MalaysiaAMP
Kembar siam pramatang pertama di Malaysia berjaya dipisahkanAMP
Young Syefura positif jangkitan Covid-19AMP
27,831 kes baharu Covid-19 hari ini, rekod tertinggiAMP
Hishammuddin akur dikompaun langgar SOPAMP
Bazar Ramadan dibenar beroperasi tahun iniAMP
Khairy, Hishammuddin, Syed Hamid diterima kembali sertai UMNOAMP
Perkataan ‘bukan sekadar’ bukti penulisan ChatGPT?AMP
Manfaat musim kemarau untuk kesuburan tanahAMP
Wardah Colorfit Cream Blush
Imprint
Responsible for the content:
kliqnewsmedia.com
Privacy & Terms of Use:
kliqnewsmedia.com
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
15.11.2026 - 00:19:40
Privacy-Data & cookie usage: