Berita Am

TMJ puji Lee Tuck

Bukan mudah untuk seseorang pemain bolasepak itu menerima pujian terbuka daripada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Kejayaan demi kejayaan yang diperoleh pasukan JDT yang dimiliki beliau, membuktikan Tunku Ismail benar-benar tahu apa yang diperlukan dalam dunia bolasepak pada zaman kini.

Jadi tidak hairanlah, setiap idea, pandangan dan visi yang dilontarkan beliau sentiasa menarik minat pencinta sukan bolasepak di negara ini.

Hari ini, Tunku Ismail secara terbuka menerusi akaun Instagram @hrhcrownprincejohor telah memuji pemain import Terengganu FC, Andrew Lee Tuck.

“Have a good pre season. Keep on inspiring the local players. You are a good role model. Well done,” menurutnya di dalam ruangan komen gambar terbaharu yang dimuat naik Lee Tuck menerusi akaun Instagram.

Lee Tuck yang berasal dari England tidaklah asing di negara ini, dia sudah beraksi beberapa musim bersama Terengganu FC dan sebelum itu bersama Negeri Sembilan FA.

Dia juga pernah beraksi dalam Liga Thailand dan Bangladesh.

Siapa sahaja yang mengikuti akaun media sosial Lee Tuck, sudah tentu kita dapat melihat kesungguhannya dalam meningkatkan kualitinya sebagai pemain bolasepak profesional.

Lee Tuck sentiasa giat berlatih, tidak hanya di dalam padang, malah  di luar padang dan sikap tidak jemu berusaha itu sewajarnya menjadi ikutan pemain lain terutamanya pemain-pemain tempatan.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this: