Muhyiddin letak jawatan

schedule
2021-08-16 | 10:02h
update
2021-08-16 | 10:03h
person
kliqnewsmedia.com
domain
kliqnewsmedia.com
Muhyiddin letak jawatan
Advertisement

Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri kelapan sebentar tadi.

Perkara itu dimaklumkan beliau menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung di pelbagai platform telekomunikasi termasuk di televisyen.

Muhyiddin berkata, keputusan tersebut diambil beliau selepas hilang majoriti sokongan sebagai Ahli Parlimen selain cadangan kerjasama bipartisan bagi merungkai kekusutan politik ketika ini juga tidak mendapat sokongan.

“Saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri dan seluruh anggota Kabinet seperti dikehendaki Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Pagi tadi, Muhyiddin telah mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet terakhirnya sebelum bergerak ke Istana Negara.

Sementara itu, Istana Negara negara dalam kenyataan media memaklumkan, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan menerima surat peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan seluruh jemaah menteri.

Susulan itu, baginda berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Advertisement

Imprint
Responsible for the content:
kliqnewsmedia.com
Privacy & Terms of Use:
kliqnewsmedia.com
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
02.04.2026 - 14:35:59
Privacy-Data & cookie usage: