Menanti Kabinet baharu Malaysia

schedule
2022-11-27 | 04:42h
update
2022-11-27 | 04:43h
person
kliqnewsmedia.com
domain
kliqnewsmedia.com
Menanti Kabinet baharu Malaysia
Anwar Ibrahim mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur.-Foto/Bernama

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) telah berlangsung dan keputusannya juga diketahui.

Advertisement

Buat pertama kalinya, tiada mana-mana parti yang mempunyai majoriti mencukupi bagi membentuk kerajaan.

Keadaan memaksa ketika ini, sebuah kerajaan perpaduan dibentuk, dan selepas beberapa hari akhirnya, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri.

Kerajaan perpaduan itu disertai oleh PH yang membentuk kerusi terbanyak, diikuti Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), dan parti-parti lain selain calon Bebas yang menang pada PRU15 lalu.

Perikatan Nasional (PN) yang ditunjangi Pas dan Bersatu mengambil pendirian membentuk pihak pembangkang bagi menjalankan tugas semak dan imbang bagi kerajaan yang akan dibentuk kelak.

Rakyat sudah menjalankan tugas masing-masing menerusi kertas undi, mandat telah diberikan jadi tugas kini dibahu Anwar untuk membentuk sebuah kerajaan yang stabil dan makmur.

Siapakan barisan Menteri-menteri yang akan membantu Anwar dalam mengurus tadbir kerajaan tentu sangat dinanti-nanti rakyat.

Bagaimana sebuah pasukan akan dapat dibentuk dengan ahli-ahli pasukan itu sebelum ini merupakan ‘musuh ketat’, kini perlu berlapang dada dan berjiwa besar demi sebuah negara bernama Malaysia yang sangat dicinta.

Rakyat perlu meneruskan hidup, mereka tidak boleh lagi terbeban dengan suasana politik yang tidak berkesudahan.

Isu kos sara hidup yang terus menghimpit rakyat perlu diselesaikan, gaji perlu ditingkatkan, peluang pekerjaan perlu diperbanyakkan, rakyat berhak untuk mendapat semua itu.

Advertisement

Imprint
Responsible for the content:
kliqnewsmedia.com
Privacy & Terms of Use:
kliqnewsmedia.com
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
02.04.2026 - 11:28:18
Privacy-Data & cookie usage: