Berita Am

Gerhana Matahari Cincin, 26 Disember ini

Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Anulus atau gerhana Matahari Cincin pada 26 Disember ini di dua kawasan iaitu di Tanjung Piai, Pontian Johor dan bandar Serian Sarawak.

Gerhana Matahari Cincin yang telah dirakam pada tahun 2013 di Australia-Sumber Falakonline.net

Pengarah Planetarium Negara Anita Bahari seperti dilaporkan portal Berita RTM menjelaskan, gerhana tersebut akan berlaku bermula pukul 1.21 petang hingga 1.23 petang di Tanjung Piai manakala di Serian, ia akan berlaku dalam tempoh kira-kira empat minit bermula 1.46 petang hingga 1.50 petang.

Menurutnya, Gerhana Matahari Cincin hanya akan berlaku di dua kawasan berkenaan sahaja kerana pada waktu itu kedudukan bulan, bumi dan matahari adalah selari.

Gerhana Matahari Cincin pernah berlaku 21 tahun lalu di negara ini iaitu pada 22 Ogos 1998 di Mersing, Johor.

Pada waktu yang sama juga, seluruh negara turut mengalami fenomena Gerhana Matahari Separa yang akan bermula kira-kira pukul 10.30 pagi sehingga 3.30 petang.

Sementara itu, menurut laman web falakonline.net, laluan gerhana matahari cincin ini akan bermula dari Semenanjung Tanah Arab, kemudian memasuki selatan India dan Sri Lanka, seterusnya Asia Tenggara merentasi Malaysia, Indonesia, Singapura dan Filipina sebelum ia berakhir di lautan Pasifik.

Selepas itu, ia akan mencecah di Kalimantan. Masuk ke dalam sebahagian sempadan Sarawak dan Kalimantan sebelum jatuh ke laut.

Gerhana ini walau bagaimanapun tidak akan menyebabkan langit gelap keran sebahagian matahari masih kekal kelihatan bersinar.

Namun begitu, walaupun sedikit sahaja kawasan matahari yang tinggal ketika kemuncak gerhana, ia masih sangat terang dan dan amat berbahaya untuk dipandang dengan mata kasar.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this: