Ebit Lew beli 500 tab sumbangan daripada TMJ

schedule
2021-02-08 | 04:40h
update
2021-02-08 | 04:40h
person
kliqnewsmedia.com
domain
kliqnewsmedia.com
Ebit Lew beli 500 tab sumbangan daripada TMJ

Pendakwah popular , Ustaz Ebit Lew hari ini menerusi Facebook miliknya memaklumkan telah membeli 500 unit tablet komputer untuk diagihkan kepada 500 pelajar memerlukan untuk tujuan pembelajaran secara dalam talian.

Menurut Ebit, pembelian tersebut adalah hasil sumbangan yang telah diberikan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk digunakan dalam misi kemanusiaan yang dijalankannya.

“Doakan ya. Terima kasih TMJ. Saya gunakan untuk beli 500 tab untuk 500 pelajar untuk kelas online.

Advertisement

“Syukur dah sampai. Hari ini kami akan agihkan pada yang memerlukan. Semoga menjadi asbab kebaikan,” kata Ebit.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika menerima kunjungan Ebit Lew di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru baru-baru ini.

Pada 5 Februari lalu, Tunku Ismail menerima kunjungan pendakwah itu di kediaman rasminya di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru.

Dalam kunjungan itu, Ebit memaklumkan, Tunku Ismail telah memberi kata semangat dan telah menghadiahkan sebanyak RM200,000 ringgit bagi misi kemanusiaan yang dilakukannya.

Advertisement

Imprint
Responsible for the content:
kliqnewsmedia.com
Privacy & Terms of Use:
kliqnewsmedia.com
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
02.04.2026 - 07:54:32
Privacy-Data & cookie usage: