JDT terus unggul kuasai Liga Malaysia

schedule
2022-11-27 | 05:50h
update
2022-11-27 | 05:50h
person
kliqnewsmedia.com
domain
kliqnewsmedia.com
PEMAIN dan pegawai JDT meraikan kejayaan mereka menjulang Piala Malaysia 2022 selepas menewaskan Selangor dengan keputusan 2-1 dalam aksi akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam.-FOTO/MFL
JDT terus unggul kuasai Liga Malaysia

Hasrat Selangor FC untuk menghalang penguasaan total Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam Liga Malaysia musim ini tidak kesampaian.

Ia selepas kejuaraan terakhir untuk direbut musim ini iaitu Piala Malaysia turut menjadi milik pasukan dari Selatan itu yang menewaskan Gergasi Merah itu dengan keputusan 2-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung malam semalam.

Advertisement

Kemenangan JDT di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu melengkapkan kejuaraan diraih oleh pasukan itu yang telah memenangi Piala Sumbangsih, Piala FA dan Liga Super.

Aksi perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam.-FOTO/MFL

Beraksi di depan 79,988 penyokong, Selangor dilihat tampil lebih berbahaya pada minit-minit awal perlawanan selepas memperoleh beberapa peluang jaringan namun mereka hanya mendahului selepas penyerang mereka, Herlison Caion menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-45
Matthew Davies menarik Caion di dalam kotak penalti.

Bagaimanapun JDT hanya memerlukan dua minit untuk mengikat aksi menerusi tandukan Bergson da Silva selepas memanfaatkan sepakan penjuru Davies.

Memasuki separuh masa kedua, aksi rancak ditampilkan kedua-dua pasukan namun JDT lebih tangkas dan memperoleh gol kemenangan menerusi percubaan cantik Fernando Forestieri pada minit ke-60.

Keputusan itu kekal JDT sehingga minit akhir perlawanan dan sekali gus menyaksikan pasukan itu menjulang Piala Malaysia buat kali ketiga.

Advertisement

Imprint
Responsible for the content:
kliqnewsmedia.com
Privacy & Terms of Use:
kliqnewsmedia.com
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
18.04.2026 - 18:02:17
Privacy-Data & cookie usage: