Malaysia mara ke separuh akhir Piala AFF

schedule
2023-01-03 | 16:01h
update
2023-01-03 | 16:02h
person
kliqnewsmedia.com
domain
kliqnewsmedia.com
Malaysia mara ke separuh akhir Piala AFF

Skuad kebangsaan Malaysia melangkah bergaya ke peringkat separuh akhir Piala AFF Mitsubishi Electric selepas menewaskan Singapura dengan keputusan 4-1.

Dalam aksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu, skuad Harimau Malaya memperoleh jaringan sentuhan penyerang Darren Lok pada minit ke-35.

Ia disusuli dua gol dari pemain tengah, Stuart Wilkin pada minit ke-51 dan minit ke-54. Sergio Aguero melengkapkan malam cemerlang Malaysia menerusi jaringan keempat pada minit ke-88.

Advertisement

Skuad Singapura pula memperoleh gol saguhati mereka pada minit ke-85 menerusi jaringan oleh Faris Ramli.

Kesebelasan utama skuad Harimau Malaya yang diturunkan dalam perlawanan menentang Singapura pada pertandingan Piala AFF Mitsubishi Electric di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.-Facebook/FAM

Kemenangan tersebut membolehkan Malaysia mengumpul sembilan mata sekali gus mengiringi pasukan Vietnam yang menerajui Kumpulan B untuk seterusnya beraksi di peringkat separuh akhir.

Malaysia akan berdepan juara kumpulan A iaitu Thailand di saingan separuh akhir manakala Vietnam akan menanti cabaran Indonesia.

Advertisement

Imprint
Responsible for the content:
kliqnewsmedia.com
Privacy & Terms of Use:
kliqnewsmedia.com
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
15.04.2026 - 20:50:40
Privacy-Data & cookie usage: