PRU15: Pas kukuh kerjasama dalam PN, tidak bubar DUN tiga negeri

schedule
2022-10-13 | 09:14h
update
2022-10-13 | 09:14h
person
kliqnewsmedia.com
domain
kliqnewsmedia.com
PRU15: Pas kukuh kerjasama dalam PN, tidak bubar DUN tiga negeri

Pas membuat keputusan untuk memperkukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) atas prinsip penyatuan ummah.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan tersebut hasil Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang diadakan pada hari ini.

Kata beliau, mesyuarat turut memuktamadkan perbincangan kerusi-kerusi di negeri dengan PN dan menetapkan senarai calon dari negeri perlu diangkat untuk penilaian Majlis Syura Ulama.

Tambahnya, pendirian bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak dibubarkan juga adalah dikekalkan.

Advertisement

Imprint
Responsible for the content:
kliqnewsmedia.com
Privacy & Terms of Use:
kliqnewsmedia.com
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
18.04.2026 - 19:24:37
Privacy-Data & cookie usage: