Bingkas bangun Shah Firdaus !

schedule
2021-08-07 | 12:01h
update
2021-08-07 | 12:06h
person
kliqnewsmedia.com
domain
kliqnewsmedia.com
Bingkas bangun Shah Firdaus !

Dua pelumba basikal trek negara yang menjadi sandaran pingat di Sukan Olimpik Tokyo 2020 mara ke suku akhir acara keirin yang akan diadakan esok.

Dalam aksi di Velodrom Izu di Tokyo hari ini,  Datuk Azizulhasni Awang mengesahkan aksi suku akhir keirin selepas berjaya melepasi saringan ketiga.

Azizulhasni membawa cabaran negara ke suku akhir acara keirin selepas memenangi saringan ketiga.

Seorang lagi jaguh negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom pula mara selepas menduduki tempat kedua saingan repecharge.

Advertisement

Kejayaan Shah Firdaus itu bagaimanapun dibayangi kecederaan rusuk yang dialaminya selepas dia terjatuh dalam kemalangan di pusingan pertama Keirin.

Shah Firdaus di bawa ke hospital dipercayai mengalami kecederaan rusuk selepas terlibat dalam kemalangan dalam aksi pusingan pertama acara Keirin – Kredit gambar wartawan Astro Arena – Bazly Azmi

Dia kemudian dihantar ke hospital bagi mengetahui keadaan kecederaannya itu.

Semoga kecederaan Shah Firdaus itu tidak membimbangkan sekali gus bangkit dan membawa nama Malaysia dalam aksi suku akhir esok bersama Azizulhasni.

Advertisement

Imprint
Responsible for the content:
kliqnewsmedia.com
Privacy & Terms of Use:
kliqnewsmedia.com
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
16.04.2026 - 00:33:19
Privacy-Data & cookie usage: