Bolasepak tempatan lumpuh akibat Covid-19

Tahun ini bukan lah tahun baik buat bolasepak tempatan, sukan nombor satu dalam negara. Kesan penularan pandemik Covid-19 (yang entah bila akan berkesudahan) industri bolasepak Malaysia lumpuh.

Pembatalan kejohanan Piala Malaysia, kejohanan paling tertua baru-baru ini menambah tahun suram sukan ini bukan sahaja kepada penggiatnya tetapi juga para penyokong dan peminat.

Piala Malaysia tahun ini terpaksa dibatalkan ekoran pelaksanaan PKPB susulan peningkatan kes positif Covid-19- Gambar Malaysian Football League.

Baru sahaja skuad kebangsaan dalam momentum terbaik dalam kejohanan kelayakan Piala Asia/Piala Dunia, ia terpaksa pula ditangguhkan.

Ramai pemain bolasepak di peringkat Piala Presiden dan Piala Belia termasuk yang bersama pasukan yang bertanding dalam Liga M3 terkesan dan tiada sumber pendapatan ekoran ketiga-tiga kejohanan ini terpaksa dibatalkan.

Iklan

Banyak pasukan terpaksa terbeban dan kantung semakin nipis ekoran tanpa kehadiran penonton dan penyokong, banyak juga syarikat yang menarik diri daripada menjadi penaja gara-gara syarikat hilang pendapatan akibat Covid-19.

Beraksi tanpa kehadiran penyokong menyaksikan kantung kewangan banyak pasukan juga terjejas. – Gambar Malaysian Football League.

Ya, perkara ini bukan hanya terjadi di negara kita sahaja, ia berlaku di seluruh dunia dan semua yang terlibat akur dengan arahan pihak berkuasa.

Cuma kesalnya cukup terasa, kita gagal menjadikan bolasepak tempatan sebagai satu industri besar yang mungkin jika itu terjadi, pasti ada jalan supaya Piala Malaysia terus dijalankan.

Kali terakhir piala ini tidak dipertandingkan adalah pada tahun 1942 sehingga 1947 gara-gara Perang Dunia Kedua ketika itu ia dikenali sebagai Piala HMS Malaya.

Walaupun segala SOP cuba diikuti, ia masih belum cukup untuk MKN membenarkan kejohanan ini diteruskan pertandingan.

Tidak mengapalah jika ia sudah diputuskan, demi keselamatan semua tapi akuilah bolasepak tempatan melalui musim suram entah apa pula nasib untuk musim hadapan.

Cuma mungkin ada berita ceria ialah penghijrahan Safawi Rashid yang berkelana ke Liga Portugal bersama kelab Portimonense SC dan Luqman Hakim Shamsudin yang bersama kelab KV Kortrijk di Liga Belgium.

Harumkanlah nama negara, jagalah disiplin dan prestasi, jaga lah diri supaya menjadi pemain hebat dan dibanggakan di bumi Eropah. Selamat maju jaya kepada kedua-duanya.

Iklan

Leave a Reply

%d bloggers like this: