Rishi Kapoor meninggal dunia

schedule
2020-04-30 | 08:33h
update
2020-04-30 | 08:33h
person
kliqnewsmedia.com
domain
kliqnewsmedia.com
Rishi Kapoor meninggal dunia

Aktor dan pengarah legenda Bollywood, Rishi Kapoor dilaporkan meninggal dunia hari ini pada usia 67 tahun selepas kira-kira dua tahun bertarung dengan penyakit barah atau kanser.

Pemergian pelakon yang dikenali dengan watak romantis di layar perak itu hanya selang sehari selepas seorang lagi bintang Bollywood, Irrfan Khan menghembuskan nafas terakhirnya, semalam.

Rishi memulakan karier lakonan menerusi filem Mera Naam Joker
Advertisement

Rishi memulakan karier lakonan sekitar tahun 70-an menerusi filem arahan bapanya, Raj Kapoor iaitu Mera Naam Joker, sebelum mencipta kegemilangan selepas bergandingan bersama aktres, Dimple Kapadia dalam filem muzikal romantik, Bobby.

Sepanjang kariernya, aktor kelahiran Chembur, Bombay yang juga bapa kepada aktor, Ranbir Kapoor itu telah beraksi dalam lebih daripada 50 filem dan mengarah beberapa filem popular Bollywood.

Antara filem lain lakonannya yang masih diingati termasuklah Laila Majnu, Sargam, Chandni, Heena, Kabhi-Kabhi dan Deewana manakala filem arahan beliau yang terkenal pula ialah Ab Ab Laut Chalen yang menggandingkan tiga bintang Bollywood popular; Rajesh Khanna, Aishwarya Rai dan Akshay Khanna.

Dalam pada itu, Bombay Times menerusi ciapan yang dibuat dalam laman Twitter melaporkan, beberapa bintang Bollywood termasuk Madhuri Dixit, Parineeti Chopra dan Ranveer Singh turut berkongsi gambar mereka bersama mendiang sebagai kenangan.

Bagi aktres Madhuri Dixit, beliau sangat berbesar hati kerana pernah bekerjasama dengan aktor legenda itu.

“Masih sukar untuk mempercayainya..terlalu sedih. Doa saya bersama keluarganya (Rishi) ketika berdepan saat-saat sukar seperti ini,” katanya.

I've had the honour of working with Rishi ji. A larger than life person, so outspoken yet so warm. We have lost a brilliant actor today. Still can't believe it.. absolutely heartbroken. My prayers are with the family during this tough time. pic.twitter.com/gFNAXUoxFT

— Madhuri Dixit Nene (@MadhuriDixit) April 30, 2020

Sementara itu, Perdana Menteri India, Narendra Modi turut mengucapkan takziah kepada keluarga Rishi dan para peminat aktor tersebut.

Multifaceted, endearing and lively…this was Rishi Kapoor Ji. He was a powerhouse of talent. I will always recall our interactions, even on social media. He was passionate about films and India’s progress. Anguished by his demise. Condolences to his family and fans. Om Shanti.

— Narendra Modi (@narendramodi) April 30, 2020
Advertisement

Imprint
Responsible for the content:
kliqnewsmedia.com
Privacy & Terms of Use:
kliqnewsmedia.com
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
16.04.2026 - 09:49:55
Privacy-Data & cookie usage: