Pengarah Tom and Jerry meninggal dunia

schedule
2020-04-20 | 03:20h
update
2020-04-20 | 03:20h
person
kliqnewsmedia.com
domain
kliqnewsmedia.com

Pengarah Tom and Jerry meninggal dunia

Pengarah bagi animasi terkenal Tom and Jerry iaitu Gene Deitch telah meninggal dunia pada usia 95 tahun.

Ilustrator yang juga pemenang Oscar itu meninggal dunia pada malam, hari Khamis lalu di apartmennya di Prague, Republik Czech.

Tiada sebab kematian diberikan namun memetik The Associated Press, penerbit dari Czech, Petr Himmel, menyifatkan kematian Gene sesuatu yang tidak disangka.

Gene, dengan nama penuhnya Eugene Merrill Deitch, mengarahkan 13 episod kartun kanak-kanak kesayangan ramai, Tom and Jerry dan beberapa siri Popeye.

Gene, dengan nama penuh Eugene Merrill Deitch, mengarahkan 13 episod kartun kanak-kanak kesayangan Tom dan Jerry dan beberapa dari siri Popeye.

Dia bekerja sebagai pelukis untuk Penerbangan Amerika Utara sebelum dilantik sebagai tentera dan memasuki latihan juruterbang.

Setelah diberhentikan kerana alasan kesihatan, dia kemudian menetap di Prague dari 1959 dan di situlah kerjayanya bermula.

Filem arahannya Munro memenangi Anugerah Academy untuk kategori Filem Pendek Animasi Terbaik pada tahun 1960.

Dia juga dicalonkan untuk anugerah yang sama sebanyak dua kali pada tahun 1964 bagi Here’s Nudnik dan How to Avoid Friendship.

Sebelum itu, dia telah mencipta siri Tom Terrific, sementara Sidney’s Family Tree, yang dia hasilkan bersama turut dicalonkan di Anugerah Academy pada tahun 1958.

Editor

Website:

Cristiano Ronaldo sertai Al NassrAMP
Muhammad Izzat Ruslan, Pegawai Kanan Bahagian Program, Islamic Relief Malaysia bersama Ketua Kampung Padang Kiambang, Fadil Malik mengangkat barangan elektrik yang akan disumbangkan kepada penduduk terjejas.
Penduduk terjejas banjir di Segamat terima bantuan barangan elektrikAMP
Usia Flossie sama dengan manusia yang beranggaran umur 120 tahun.-GuinnessWorldRecord/Cats Protection
Flossie kucing paling tua di duniaAMP
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenaan mengurniakah hadiah kepada johan kategori qari, Mohamed Sameer Mohamed Magahed.-Gambar kredit/Jakim
Bahrain, Malaysia johan Tilawah Al-Quran AntarabangsaAMP
Neelofa akhirnya dedah wajah Muhammad BilalAMP
Tiada kemasukan produk Mi Sedaap mengandungi racun perosak ke MalaysiaAMP
Khairy, Hishammuddin, Syed Hamid diterima kembali sertai UMNO
Perkataan ‘bukan sekadar’ bukti penulisan ChatGPT?
Manfaat musim kemarau untuk kesuburan tanah
Wardah Colorfit Cream Blush
Imprint
Responsible for the content:
kliqnewsmedia.com
Privacy & Terms of Use:
kliqnewsmedia.com
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
10.11.2026 - 01:27:53
Privacy-Data & cookie usage: