COVID-19: Whatsapp had penghantaran mesej elak maklumat palsu

schedule
2020-04-07 | 16:59h
update
2020-04-07 | 17:00h
person
kliqnewsmedia.com
domain
kliqnewsmedia.com

COVID-19: Whatsapp had penghantaran mesej elak maklumat palsu

Oleh ISWAN SHAFIQ ISA

Aplikasi Whatsapp yang kini digunakan oleh lebih daripada dua bilion pengguna di seluruh dunia dijangka mengetatkan proses penghantaran mesej atau ‘message forwarding’ kepada had tertentu dalam satu-satu masa.

Langkah itu dikatakan sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan penyebaran maklumat palsu mengenai COVID-19, lapor Reuters.

Dalam satu kenyataan berkaitan, jurucakap Whatsapp memberitahu, pihaknya percaya penyebaran maklumat palsu itu akan berjaya diperlahankan sekiranya langkah tersebut dikuatkuasakan selepas ini.

Sejak tahun lepas, pengguna aplikasi Whatsapp yang kini telah dimiliki oleh Facebook hanya dibenarkan membuat penghantaran mesej khususnya secara berangkai kepada lima individu atau kumpulan Whatsapp sahaja pada satu-satu masa.

Mesej yang dihantar lebih daripada jumlah itu bagaimanapun akan diletakkan label atau tanda sebagai peringatan.

Sementara itu, pandemik COVID-19 dikatakan telah meragut lebih daripada 70,000 nyawa di seluruh dunia.

Justeru, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggelar penyebaran maklumat yang salah mengenai wabak itu sebagai ‘infodemic of misinformation’ yang pastinya perlu ditangani segera.

Iswan Shafiq

Website:

Manfaat musim kemarau untuk kesuburan tanahAMP
Cristiano Ronaldo sertai Al NassrAMP
Muhammad Izzat Ruslan, Pegawai Kanan Bahagian Program, Islamic Relief Malaysia bersama Ketua Kampung Padang Kiambang, Fadil Malik mengangkat barangan elektrik yang akan disumbangkan kepada penduduk terjejas.
Penduduk terjejas banjir di Segamat terima bantuan barangan elektrikAMP
Usia Flossie sama dengan manusia yang beranggaran umur 120 tahun.-GuinnessWorldRecord/Cats Protection
Flossie kucing paling tua di duniaAMP
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenaan mengurniakah hadiah kepada johan kategori qari, Mohamed Sameer Mohamed Magahed.-Gambar kredit/Jakim
Bahrain, Malaysia johan Tilawah Al-Quran AntarabangsaAMP
Tiada kemasukan produk Mi Sedaap mengandungi racun perosak ke MalaysiaAMP
Khairy, Hishammuddin, Syed Hamid diterima kembali sertai UMNO
Perkataan ‘bukan sekadar’ bukti penulisan ChatGPT?
Manfaat musim kemarau untuk kesuburan tanahAMP
Wardah Colorfit Cream Blush
Imprint
Responsible for the content:
kliqnewsmedia.com
Privacy & Terms of Use:
kliqnewsmedia.com
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
15.11.2026 - 01:36:28
Privacy-Data & cookie usage: