Pencipta bersama ‘barcode’ sudah tiada.

schedule
2019-12-10 | 14:48h
update
2019-12-10 | 14:48h
person
kliqnewsmedia.com
domain
kliqnewsmedia.com
Pencipta bersama ‘barcode’ sudah tiada.

Anda tahu kod bar? Ala, yang selalu ada dekat belakang produk-produk yang diimbas bagi mengetahui harga setiap produk tersebut.

Minggu lalu, salah seorang pencipta   bersama kod bar atau juga dikenali sebagai Kod Produk Universal (UPC) iaitu George J Laurer telah meninggal dunia pada usia 94 tahun.

Bekas pekerja syarikat komputer IBM itu dikebumikan di kampung halamannya iaitu di Wendell, North Carolina, Amerika Syarikat.

Laurer, seorang jurutera komputer dan seorang lagi pekerja IBM, Norman Woodland telah mencipta kod bar itu pada 1973.

Pengenalan kod bar telah membantu merevolusi dunia peruncitan apabila ia boleh mengenalpasti jutaan produk, perkhidmatan dan barangan lain.

Bar berwarna hitam dengan pelbagai ketebalan itu dan 12 digit nombor boleh diimbas dan dengan pantas pengenalan produk serta harga dipaparkan.

Advertisement

Woodland yang meninggal dunia pada 2012 mendapat idea mencipta kod bar itu berdasarkan kod Morse.

Dia mempatenkan konsep itu pada 1952 tetapi tidak dapat dimajukan kerana teknologi laser dan komputer masih mundur.

20 tahun kemudian, Luarer mencipta pengimbas yang boleh membaca kod bar secara digital

Advertisement

Imprint
Responsible for the content:
kliqnewsmedia.com
Privacy & Terms of Use:
kliqnewsmedia.com
Mobile website via:
WordPress AMP Plugin
Last AMPHTML update:
16.04.2026 - 13:53:20
Privacy-Data & cookie usage: